Category  |  Pedoman Harian

Di Sebalik Kesedihan

Penyanyi dan penggubah lagu dari Kanada, Gordon Lightfoot, paling dikenali untuk karya-karya klasik yang tak luput dek zaman, seperti “The Wreck of the Edmund Fitzgerald” dan “If You Could Read My Mind.” Akan tetapi, salah sebuah lagunya yang kurang dikenali bertajuk “The Minstrel of the Dawn.” (Seorang minstrel/pendendang ialah seorang penyair keliling atau penyanyi yang menyampaikan puisinya dengan irama muzik.) Seperti kita, penyair keliling Lightfoot ingin menjadi “lebih gembira daripada bersedih.” Walaupun sentiasa ada perkara “sedih” untuk difikirkan atau direnungkan, pendendang memilih untuk berfokus pada perkara-perkara gembira apabila hari baharu menyingsing dan kemudian menyanyikannya.

Menantikan Tuhan

Joseph melayari iklan-iklan kerja dengan rasa kecewa. Pekerjaan sebelumnya sebagai pelayan restoran bergaji lumayan, tetapi industri ini biasanya menuntut pekerja bertugas secara giliran pada hujung minggu. Akibatnya Joseph yang baru percaya kepada Yesus tidak dapat menghadiri gereja secara tetap. “Mengapakah Tuhan tidak menjawab doaku?” ratapnya. “Tidakkah Tuhan mahu aku menghadiri gereja?”

Menjadi Anggota Komuniti

Apabila saya dan suami, Alan, memutuskan untuk berpindah ke Philadelphia untuk melanjutkan pelajarannya, saya belum mendapatkan peluang pekerjaan di sana, dan kami tidak tahu bagaimana kami mampu membayar sewa rumah. Pada suatu hari Ahad, sejurus sebelum kami bertolak, seorang kenalan gereja memperkenalkan kami kepada seorang saudara yang pernah belajar di universiti yang akan dihadiri oleh Alan. Kebetulan dia mengetahui sebuah apartmen untuk disewa dengan harga yang berpatutan. Kemudian, sebelum kami pergi, seorang rakan sekerja memberi saya nama seorang kenalan di sebuah organisasi Kristian. Tuhan menjawab doa kami dan memberi kami peluang—termasuk apartmen dan pekerjaan—melalui umat-Nya. Rakan-rakan dan keluarga membantu kami berpindah dan mendoakan perjalanan kami.

Yesus—Makanan untuk Jiwa

Ketika membesar dalam keluarga bangsa Afrika-Amerika, hidangan di rumah kami sering kali merangkumi “makanan jiwa” yang mengecurkan air liur. Istilah ini berasal daripada pertengahan tahun 1960-an ketika “jiwa” merupakan istilah umum yang digunakan untuk menghuraikan budaya bangsa Afrika di Amerika. Menu makanan jiwa termasuklah ayam goreng, makaroni dan keju, sayur-sayuran, ubi keledek, roti jagung, dan banyak lagi. Pencuci mulut menjadi kejutan; puding pic yang “sangat meliurkan” paling memuaskan selera saya. Betapa mewahnya semua halwa nikmat itu!