Category  |  Pedoman Harian

Kegagalan Bukanlah Kematian

Perdana Menteri England, Winston Churhill, mengetahui cara memperkuat semangat orang British semasa Perang Dunia II. Pada 18 Jun 1940, dia memberitahu orang ramai yang dalam ketakutan, “Hitler tahu bahawa dia harus memecahbelahkan kita … jika tidak dia akan kalah dalam peperangan … Oleh itu, marilah kita kekal teguh … dan ingatkan diri kita bahawa, jika Empayar British [kekal] selama seribu tahun, orang akan masih berkata, ‘Ini adalah masa terbaik mereka!’ ”

Kata-Kata Bijak

Apakah otot yang paling kuat dalam tubuh manusia? Ada yang mengatakan lidah, tetapi sukar untuk menentukan yang manakah satu otot yang kuat sekali kerana otot-otot manusia tidak berfungsi sendirian.

Sauh Kita

Setelah Estella Pyfrom bersara daripada mengajar, dia membeli sebuah bas yang dilengkapkan dengan komputer dan meja. Kini dia memandu “Bas Cerdik” itu melalui Palm Beach Country, Florida, malah menyediakan sebuah tempat bagi kanak-kanak yang menghadapi cabaran, agar mereka boleh membuat kerja rumah dan belajar teknologi. Estella menyediakan kestabilan dan harapan kepada kanak-kanak yang mungkin pernah digoda untuk membuang impian mereka demi masa depan yang lebih cerah.

Pandang Ke Atas

Di sebuah taman berdekatan rumah saya, saya suka berjalan di atas suatu laluan. Di sepanjang satu bahagian, terdapat satu pemandangan panorama yang mempunyai batu pasir kemerah-merahan di Garden of the Gods (sebuah taman awam di Colorado, Amerika Syarikat), dengan gunung Pikes Peak yang hebat dan agung serta setinggi 4300 meter di belakangnya. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, , saya mendapati saya berjalan di bahagian itu dengan memikirkan masalah saya, sambil melihat ke bawah laluan yang lebar dan licin itu. Jika tiada sesiapa di sekeliling, mungkin saya akan berhenti dan menyeru, “David, pandanglah ke atas!”

Tidak Henti Belajar

Sheryl ialah seorang yang tekun membaca. Ketika orang lain sedang menonton televisyen atau bermain permainan video, dia tertarik akan kandungan setiap halaman buku.

Apa Kenanya Dengan Kamu?

Media sosial adalah berguna bagi banyak perkara, tetapi ia tidak membawa kepuasan. Sekurang-kurangnya bukan bagi saya. Walaupun matlamat saya adalah baik, saya boleh berasa kecewa kerana terus diingatkan bahawa orang lain telah mencapai matlamat mereka lebih dahulu atau dengan hasil yang lebih hebat. Saya mudah dipengaruhi oleh kekecewaan seperti ini, jadi saya kerap mengingatkan diri sendiri bahawa Tuhan memang mencukupkan saya dengan apa yang saya harapkan. Dia telah memberikan segala yang saya perlukan untuk melaksanakan kerja yang dikehendaki-Nya.

Jangan Putus Asa

Memasak boleh menjadi kerja yang menjemukan apabila saya melakukannya tiga kali sehari, minggu demi minggu. Saya menjadi letih kerana saya perlu mengupas, memotong, menghiris, menggaul dan kemudian menunggu makanan dimasak, panggang atau direbus. Namun kita tidak pernah berasa bosan ketika makan! Sebenarnya makan adalah sesuatu yang kita betul-betul menikmati walaupun setiap hari kita berbuat perkara ini.

Kekuatan dalam Ketenangan

Pada awal kehidupan Kristian saya, tuntutan-tuntutan komitmen membuatkan saya tertanya-tanya sama ada saya boleh berdiri teguh tanpa kembali ke cara hidup lama yang berdosa dalam setahun. Tetapi ayat firman Tuhan ini telah membantu saya: “TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa” (Keluaran 14:14). Kata-kata itu diucapkan oleh Musa kepada umat Israel semasa mereka baru terlepas daripada perhambaan di Mesir dan dikejar oleh Firaun. Mereka berasa kecewa dan takut.

Yang Tidak Diduga

Fanny Kemble ialah seorang pelakon British yang berpindah ke Amerika pada awal tahun 1800-an dan berkahwin dengan seorang pemilik ladang yang bernama Pierce Butler. Fanny menikmati kehidupan yang dibiayai oleh kekayaan ladang itu, sehingga dia melihat biayaan kemewahan itu—biayaan yang dibayar oleh hamba-hamba yang bekerja di ladang suaminya