Category  |  Pedoman Harian

Bertumbuh dalam Tuhan 

Pada tahun-tahun awalnya sebagai seorang pengarang Kristian, Gayle sering menerima hadiah yang menarik daripada penerbitnya. Sejambak bunga, coklat, beberapa kotak teh herba. Semuanya cantik menarik. Tetapi lama-kelamaan, penerbitnya mula menghantar hadiah yang mempunyai nilai kekal. Bacaan Alkitab untuk setahun, buku renungan dan jurnal-jurnal doa. Semasa dia menggunakannya, Gayle menjadi orang beriman yang lebih matang—tidak terganggu oleh pemberian yang mewah tetapi menjadi lebih komited untuk menggunakan hidupnya untuk memimpin orang lain kepada Kristus.

Perbuatan dan Akibatnya

Pada tahun 1890, Eugene Schieffelin, seorang pakar burung amatur telah memutuskan untuk melepaskan enam puluh ekor burung Perling Eropah ke kawasan Central Park di Bandaraya New York. Walaupun sebelum ini ada orang lain pernah memperkenalkan spesies burung ini ke Amerika, tetapi yang dilepaskan oleh Schielffelin adalah yang pertama yang berjaya membiak dan direkodkan secara rasmi. Kini, terdapat kira-kira 85 juta ekor burung yang berterbangan di seluruh benua itu. Malangnya, burung ini bersifat agresif dan menyingkirkan populasi burung yang asal di benua itu, menyebarkan penyakit kepada lembu, dan dianggarkan telah menyebabkan kerosakan sebanyak berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Schieffelin tidak menyangkakan kerosakan yang akan ditimbulkan oleh perbuatannya. 

Malam Terakhir Nenek

Nenek saya mempunyai rutin pada malam Sabtu. Sebelum dia tidur, dia akan menyusun semua pakaiannya, termasuk kasut yang dia akan pakai ke gereja keesokan harinya. Dia sentiasa menghadiri kebaktian awal pagi dan ingin bersiap sedia untuk bangun dan pergi keesokan harinya tanpa berlengah-lengah. Pada suatu malam Sabtu, dia tiba-tiba dimasukkan ke hospital. Kemudian, Yesus memanggil namanya, dan dia meninggal dunia. Apabila datuk pulang dari hospital, dia mendapati pakaiannya tersusun rapi. Nenek telah bersedia untuk pergi ke gereja serta bertemu Tuhannya.

Khazanah daripada Kristus

M ichael Sparks masuk ke dalam sebuah kedai barangan terpakai dan membeli sekeping salinan cenderamata Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dengan harga $2.48 dolar. Kemudian, semasa dia memperhatikan salinan kertasnya dengan teliti, dia merasakan ada sesuatu yang luar biasa mengenainya. Oleh itu, dia membawanya ke beberapa orang pakar untuk menilainya semula. Mereka memberitahu Michael bahawa salinan itu adalah salah satu daripada tiga puluh enam salinan asli yang masih tertinggal da ripada dua ratus salinan yang dipesan oleh John Quincy Adams pada tahun 1820. Kemudian Sparks menjual salinan asal yang sukar didapati tersebut pada harga $477,650!

Yesus—Segala-galanya Bagi KIta 

Dengan menunjukkan gerak isyarat terakhir, pengadil mengumumkan ahli gusti Kennedy Blades menjadi Juara Olimpik 2024. Dia pun merapatkan tapak tangannya, mengangkat tangan, mendongak ke langit, dan memuji Tuhan. Seorang wartawan bertanya tentang peningkatan prestasinya sejak tiga tahun yang lalu. Atlet elit itu tidak menyebut pun tentang latihan fizikalnya. “Saya hanya menjadi sangat rapat dengan Yesus,” katanya. Dengan mengaku Kristus sebagai Raja, dia mengisytiharkan bahawa Dia akan datang lagi dan menggalakkan orang lain percaya kepada-Nya. “Yesus,” katanya. “Itulah sebab utama mengapa saya dapat mencapai perkara yang begitu besar.” Dalam temu bual lain, dia dengan setia mengisytiharkan bahawa Yesus adalah segala-gala baginya dan sumber bagi segala yang baik dalam hidupnya.

Kemuliaan yang Kian Besar

Valerie tinggal di sebuah pekan di tepi laut. Dia menyukai cuaca panas, mengambil gambar hidupan liar dan berendam dalam air. Antara semua aktiviti yang paling disukainya adalah melihat matahari terbit di atas lautan. Setiap pagi, dia bangun sebelum subuh untuk melihat pemandangan laut. Valerie menganggarkan bahawa walaupun cuaca mendung atau dia harus pergi ke tempat lain, dia masih berjaya melihat lebih daripada tiga ratus pemandangan matahari terbit di tepi laut setiap tahun. Dia tidak pernah jemu memerhatikanpemandangan itu. Baginya, pemandangan matahari terbit itu mempunyai kemuliaan yang dia tidak mahu terlepas melihatnya.

Mengasihi Orang Lain Melalui Doa 

“Saya tidak tahu di manakah saya pada hari ini jika ibu saya tidak mendoakan saya. Saya rasa malah saya tidak akan hidup,” kata rakan saya Rahim. Dia adalah bekas penagih yang pernah dipenjarakan kerana pengedaran dadah. Suatu hari, sambil kami minum kopi, dia berkongsi tentang doa ibunya yang telah membuat perbezaan dalam hidupnya. “Walaupun saya sudah amat mengecewakannya, dia tetap menyayangi saya dengan doanya. Saya menghadapi banyak masalah, tetapi jika dia tidak mendoakan saya, keadaan saya akan menjadi lebih teruk.”

Tidak dapat Tidur?

Rakan saya pernah memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur nyenyak kebelakangan. Masalah tidurnya dikaitkan dengan situasi keluarga yang sukar sehingga dia berjaga pada waktu malam. Kebetulan hari itu saya bersedia untuk mengajar Mazmur 3 dalam kelas Sekolah Ahad bagi orang dewasa.

Doa Nenek 

Semasa majlis perjumpaan keluarga bertahun-tahun yang lalu, ibu saya berkongsi sepatah dua kata yang telah ditulisnya. Dia menyanjungi neneknya, seorang wanita yang tidak pernah saya temui tetapi ahli keluarga lain sering menyebut tentangnya. Ibu menulis bahawa dia teringat Mama Susan selalu “sebelum subuh” dan berdoa untuk seisi rumahnya. Inilah satu kenangan yang begitu memberikan kesan dalam hidup ibu saya—kenangan yang saya pegang teguh sehingga hari ini walaupun saya tidak pernah bertemu langsung dengan moyang nenek saya.