Apakah Tujuan Hidupku?
Dalam buku ini, bekas Editor Pengurus Our Daily Bread, Kurt De Haan, meninjau tulisan purba tetapi abadi dalam kitab Pengkhutbah untuk mendapatkan beberapa jawapan bagi soalan-soalan yang amat dalam dan sangat menggelisahkan kita. Kelak kita akan melihat bahawa kekayaan Salomo atau kepintarannya tidak diperlukan untuk mendapatkan jawapan yang kita semua bakal temukan dalam buku kecil ini.
Harga Diri
Tiada seorang pun yang berpotensi untuk mendapat hormat kendiri dan maruah selain orang melihat diri mereka dari sudut pandangan syurga. Tiada yang mempunyai pendapat yang lebih sihat dan realistik tentang diri mereka selain orang yang percaya bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja jika dimampukan Tuhan. Mari melihat apa kata Alkitab tentang harga diri.
Mengapa? Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita
Kesakitan dan penderitaan. Sungguhpun keadaan setiap kita adalah unik, banyak pengalaman ini disusuli oleh soalan yang penting, “Mengapa?” Mengapa? menjejak punca kesakitan dan penderitaan kita daripada perspektif yang berdasarkan Alkitab. Sebenarnya penderitaan ialah hasil “sampingan” daripada salah satu anugerah terbesar Tuhan kepada ciptaan-Nya—anugerah memilih. Pelaksanaan kebebasan untuk memilih ini boleh menghasilkan banyak kesukaran dan cabaran. Berita baiknya adalah Tuhan juga…
Mengapa begitu sukar untuk berkongsi tentang Yesus?
Kebanyakan gereja yang kita hadiri adalah riuh-rendah dan sibuk. Pagi Ahad menjadi begitu hidup dengan lagu-lagu pujian, khutbah dan orang Kristian yang bersalaman. Pada hari-hari biasa, kita juga berjumpa dalam kelompok kecil untuk mempelajari Alkitab dan mengadakan perjumpaan doa. Namun begitu, selalunya kita mempunyai banyak topik perbualan antara satu sama lain, tetapi hanya mempunyai sedikit untuk dikatakan kepada mereka yang…
Apa Itu Kasih Sejati?
Di dunia ini, kasih mempunyai maksud yang berlainan bagi orang yang berbeza. Jadi, bagaimana anda tahu itu kasih sejati? Penulis Bill Crowder mengkaji 1 Korintus 13:4-8 dan mendapati bahawa hati Kristus memberikan gambaran yang agung tentang kasih sejati. Temukan kasih yang sabar menanggung segala sesuatu apabila anda membuka hati anda untuk menerima kasih Tuhan yang tidak berkesudahan.
Warga Kerajaan Tuhan
Apabila sekumpulan pemimpin agama bertanya kepada Yesus sama ada rakyat berbangsa Yahudi harus membayar cukai kepada Kaisar, Dia memberikan jawapan yang mengejutkan. Dia meminta mereka melihat pada kedua-dua belah muka syiling Roma dan berkata, “Berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”
Apakah maksud kenyataan itu bagi kita yang hidup 2,000…