Suatu hari ketika saya menghantar suami saya ke stesen kereta api, saya memerhatikan konduktor meninjau kawasan itu sekiranya ada orang yang ketinggalan. Seorang wanita dengan rambut basah membingkas dari tempat letak kereta dan menaiki kereta api. Kemudian, seorang lelaki dengan sut gelap melangkah menuju ke platform dan menaiki kereta api itu. Konduktor menunggu dengan sabar semasa beberapa orang lagi yang lewat memecut lari dan menaiki kereta api pada saat terakhir.

Sama seperti konduktor yang sabar terhadap penumpang yang menaiki kereta api, Tuhan juga sabar menunggu orang yang datang untuk mengenali Dia. Bagaimanapun, suatu hari nanti Yesus akan kembali dan “langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah” (2 Petrus 3:10). Apabila ini berlaku, atau apabila badan fizikal kita mati, ia sudah terlambat untuk membina hubungan dengan Tuhan.

“[Tuhan] sabar terhadap kamu”, Petrus berkata, “Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa” (ayat 9). Jika anda telah menangguhkan keputusan untuk mengikuti Kristus, ada berita baik—anda masih boleh menyerahkan diri kepada-Nya. “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa ‘Yesus itu Tuhan,’ dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Dia sedang memanggil, mahukah anda berlari ke arah-Nya?