Beberapa orang ibu bagi kanak-kanak kecil berkongsi jawapan doa yang menggalakkan. Namun seorang wanita berkata dia berasa dia mementingkan diri sendiri kerana dia menyusahkan Tuhan dengan keperluan-keperluan peribadinya. “Bandingkan dunia luas ini yang memerlukan pertolongan Tuhan,” dia menjelaskan, “keadaan saya pasti kelihatan kecil bagi-Nya.”

Tidak lama kemudian, anak kecilnya terjepit jarinya di pintu dan menjerit berlari kepada ibunya. Dia tidak berkata, “Berani kamu mengganggu saya dengan jari kamu ketika saya sibuk!“ Dia menunjukkan penuh belas kasihan dan kelembutan kepada anaknya.

Sebagaimana Mazmur 103:13 mengingat-kan kita, inilah tindak balas kasih, mahupun bagi manusia dan ilahi. Dalam Yesaya 49, Tuhan berkata walaupun seorang ibu boleh melupakan atau tidak mengasihi anaknya, Tuhan tidak pernah melupakan anak-anak-Nya (ayat 15). Tuhan memberi jaminan kepada umat-Nya, “Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku” (ayat 16).

Keintiman dengan Tuhan ini dimiliki oleh mereka yang takut kepada-Nya dan yang bergantung kepada-Nya, bukan bergantung kepada diri mereka sendiri. Seperti anak dengan jari yang sakit berlari dengan bebas kepada ibunya, demikian juga kita boleh berlari kepada Tuhan dengan masalah seharian kita.

Tuhan kita yang berbelas kasihan tidak mengabaikan orang lain kerana menjaga keperluan kita. Tiada kebatasan dalam masa dan kasih-Nya bagi setiap anak-Nya. Tiada keperluan terlalu kecil bagi Dia.