Willie Myrick diculik dari jalan masuk rumahnya ketika dia berusia 9 tahun. Untuk berjam-jam, dia dan penculiknya dalam pelarian dengan kereta, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Pada masa itu, Willie mengambil keputusan untuk menyanyi sebuah lagu bertajuk Every Praise (Pujilah). Kerana dia berulang kali menyanyikan kata-kata itu, penculiknya mengeluarkan kata-kata kotor dan menyuruh dia diam. Akhirnya, lelaki itu menghentikan kereta dan biarkan Willie keluar—tanpa cedera.
Seperti yang ditunjukkan Willie, memuji Tuhan dengan sungguh-sungguh memerlukan kita menumpukan fokus kepada karakter Tuhan sementara mengabaikan apa yang kita takut, apa yang salah dalam kehidupan kita, dan kemampuan diri di dalam hati kita.
Orang Israel sampai ke tahap penyerahan ini apabila mereka menghadapi penyerang. Ketika mereka bersedia untuk berperang, Raja Yosafat menganjurkan koir untuk berarak keluar terlebih dahulu daripada tentera musuh mereka. Koir menyanyikan, “Pujilah TUHAN! Kasih-Nya kekal abadi!” (2 Tawarikh 20:21). Apabila muzik bermula, musuh -musuh Israel menjadi binggung dan saling menyerang. Seperti yang telah diramalkan oleh nabi Yehezkiel, orang Israel tidak perlu pun bertempur (ayat17).
Sama ada kita menghadapi pertempuran atau berasa terperangkap, kita boleh memuliakan Tuhan dalam hati kita. Sesungguhnya, “TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya” (Mazmur 96:4).