Itulah murid saya,” Saya pernah mendengar seorang wanita mengatakan tentang seseorang yang ditolongnya. Sebagai pengikut Kristus, kita ditugaskan untuk memuridkan orang supaya menjadi pengikut Tuhan—berkongsi berita baik Kristus dengan orang ramai dan membantu mereka bertumbuh secara rohani. Tetapi ia lebih mudah memberi tumpuan kepada diri sendiri dan bukannya Yesus.
Rasul Paulus bimbang bahawa jemaah Korintus kehilangan fokus terhadap Kristus. Dua penginjil yang terkenal pada zaman itu ialah Paulus dan Apolos. Jemaah pula terbahagi: “Aku mengikut Paulus.” “Aku mengikut Apolos!” Mereka mula memberi tumpuan kepada orang yang salah, iaitu mengikut guru Alkitab dan bukan Penyelamat. Tetapi Paulus memperbetulkan mereka. Kita adalah “kawan sekerja Allah.” Ia tidak penting siapa yang menanam dan siapa yang menyiram, hanya Tuhan yang menyebabkan tanaman itu bertumbuh. Orang Kristian adalah “ladang Allah, bangunan Allah” (1 Korintus 3: 6-9, Alkitab TB). Orang-orang percaya di Korintus bukan kepunyaan Paulus mahupun Apolos.
Yesus menyuruh kita pergi memuridkan dan mengajar orang percaya tentang-Nya (Matius 28:20). Dan pengarang kitab Ibrani mengingatkan kita memberi tumpuan kepada Pengarang dan Penyempurna iman kita (12:2). Kristus akan dihormati apabila kita memberikan tumpuan kepada-Nya; Dia adalah unggul daripada siapa pun manusia dan Dia akan memenuhi keperluan kita.