Muzium Hubungan Putus di Zagreb, Croatia, penuh dengan barang yang didermakan tanpa nama kerana hubungan cinta yang terputus. Terdapat sebilah kapak yang digunakan oleh kekasih yang ditinggalkan untuk memusnahkan perabot pasangan yang bersalah. Anak patung haiwan, surat cinta dibingkai dalam kaca yang pecah, dan pakaian pengantin, semua ini memberikan banyak maklumat akan hancur hati. Sementara sesetengah pelawat meninggalkan muzium dengan menangis bagi kehilangan mereka sendiri , manakala beberapa pasangan lain meninggalkan tempat itu dengan pelukan dan janji untuk tidak mengecewakan satu sama lain.

Nabi Perjanjian Lama Yesaya menulis, “Kuasa TUHAN Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati …” (Yesaya 61:1). Ketika Yesus membaca Yesaya 61 di rumah ibadat di Nazaret, Dia berkata, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya” (Lukas 4:21). Luka emosi sukar dijangkau dengan pertolongan, namun kata-kata Yesaya ini bercakap tentang hati yang berubah dan semangat yang diperbaharui berpunca daripada menerima kurnia Tuhan yang “memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan” (Yesaya 61:3).

Semua kita pernah mengalami penyesalan dan janji-janji yang tidak ditepati dalam kehidupan kita. Apa pun yang telah berlaku, Tuhan mengajak kita mencari penyembuhan, pengharapan dan hidup baharu di dalam Dia.