Setiap musim bunga, kolej dan universiti di Amerika Syarikat akan mengadakan upacara untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah mereka. Selepas pelajar melintasi peringkat ini, graduan ini akan memasuki dunia yang akan mencabar mereka. Setakat mempunyai pengetahuan akademik tidaklah cukup baik. Kunci kejayaan dalam hidup adalah mengamalkan segala yang telah dipelajari mereka dengan bijak.
Di sepanjang Kitab Suci, kebijaksanaan disambut sebagai satu khazanah yang bernilai untuk dicari. Ia adalah lebih baik daripada kekayaan (Amsal 3:13-18). Sumbernya adalah Tuhan, satu-satunya yang maha bijak (Roma 16:27). Dan ia ditemui dalam tindakan dan sikap Yesus, “yang menyingkap segala kebijaksanaan dan pengetahuan Allah” (Kolose 2:3). Kebijaksanaan datang daripada membaca dan melaksanakan Kitab Suci. Kita mempunyai contoh ini dengan cara Yesus menggunakan pengetahuan-Nya ketika Dia dicubai (Lukas 4:1-13). Dalam kata lain, orang yang benar-benar bijak cuba melihat kehidupan dari sudut pandangan Tuhan dan memilih untuk hidup mengikut kebijaksanaan-Nya.
Apakah ganjaran untuk hidup seperti ini? Amsal memberitahu kita bahawa hikmat adalah seperti kemanisan madu pada lidah (Amsal 24:13-14) itu. “Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian” (3:13). Jadi carilah kebijaksanaan, kerana ia lebih meng-untungkan daripada perak atau emas!