Semasa saya kecil, saya bekerja sebagai penghantar surat khabar ke kira-kira 140 buah rumah di dua batang jalan yang bersambung dengan sebuah tanah perkuburan. Kerana saya menghantar surat khabar pada awal pagi, maka saya terpaksa keluar seawal pukul 3.00 pagi dan berjalan melalui perkuburan itu semasa hari masih malam. Kadang-kadang saya berasa sangat takut sehingga saya berlari! Saya berasa takut sehingga saya pergi berdiri di bawah cahaya lampu di sebelah jalan dengan rasa aman. Perasaan takut terhadap kegelapan telah dilenyapkan oleh cahaya.
Pemazmur memahami perkaitan antara ketakutan dan kegelapan, namun dia juga mengetahui bahawa Tuhan jauh lebih berkuasa daripada rasa takut. Dia menulis, “Engkau tidak usah takut akan bahaya pada waktu malam, atau serangan mengejut pada waktu siang, atau wabak yang menyerang pada waktu gelap” (Mazmur 91:5-6). Bahaya pada waktu malam atau kejahatan yang menyerang dalam kegelapan tidak patut menakutkan kita, kerana kita memiliki Tuhan yang telah mengutus Anak-Nya, iaitu cahaya bagi dunia ini (Yohanes 8:12).
Dalam cahaya kasih, rahmat dan kebenaran Tuhan, kita boleh memperoleh keberanian, pertolongan dan kekuatan untuk hidup demi Tuhan.