Month: Ogos 2015

Perkara Yang Kita Buat

Ayah saya cedera teruk apabila peluru mengena kakinya. Ketika itu dia seorang leftenan muda yang memimpin pasukannya di Bukit 609 di Afrika Utara semasa Perang Dunia II. Ayah tidak pernah lagi 100 peratus pulih secara fizikal. Saya dilahirkan beberapa tahun selepas kejadian ini, dan sewaktu kecil saya tidak tahu yang dia telah cedera. Saya mengetahuinya kemudian apabila seseorang memberitahu saya. Walaupun dia tetap merasa kesakitan pada kakinya, ayah saya tidak pernah merungut tentang hal itu, dan dia tidak pernah menggunakannya sebagai alasan tidak memberi nafkah untuk keluarga kami.

Terus Bersama Dengan Kristus

Pada waktu saya masih muda, minggu kegemaran saya pada musim panas adalah minggu ketika berada di kem belia Kristian. Pada akhir minggu, saya duduk rapat dengan kawan-kawan di depan unggun api yang sangat besar. Di sana, kami berkongsi apa yang kami telah pelajari tentang Tuhan dan Alkitab dan menyanyi. Satu lagu yang saya masih ingat tertumpu pada membuat keputusan untuk mengikuti Yesus. Korusnya mengandungi satu frasa penting: “tidak berpatah balik.”

Siapa Jiran Saya?

Mary suka dengan pertemuan pertengahan minggu di gerejanya. Pada masa itu dia dan beberapa kawan berkumpul untuk berdoa, menyanyi, dan membincangkan soalan berdasarkan khutbah minggu sebelumnya. Minggu itu mereka akan berbincang tentang perbezaan antara “pergi” ke gereja dan “menjadi anggota” gereja di dunia yang menyakitkan. Dia sangat ingin berjumpa rakan-rakannya dan mengadakan perbincangan yang bersemangat.

Memantulkan Kemuliaan Tuhan

Seniman Cina abad ke-12 Li Tang melukis landskap yang dihidupkan dengan manusia, burung, dan kerbau. Kerana kemahirannya dengan lakaran garis halus pada sutera, Li Tang dianggap pakar seni landskap Cina. Berabad-abad lamanya, para pelukis dari seluruh dunia telah menggambarkan apa yang dilihat di galeri seni ciptaan Tuhan: “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya” (Mazmur 19:2). Alkitab menyatakan bahawa kita ada kekreatifan kerana kita dicipta dalam imej Pencipta Agung (Kejadian 1:27).

Dikepung

Semasa Perang Bosnia, lebih daripada 10,000 orang—orang awam dan tentera—terbunuh di bandar Sarajevo ketika tembak-menembak dan peluru mortar jatuh dari bukit-bukit di sekitarnya. Novel menarik, karangan Steven Galloway, The Cellist of Sarajevo bermula di sana, semasa pengepungan terlama sebuah ibu kota dalam peperangan moden. Buku ini menceritakan tiga watak cereka yang perlu membuat keputusan sama ada memperhatikan diri sendiri sahaja dalam perjuangan mereka untuk terus hidup, atau bangkit dari keadaan yang amat sukar dan mempertimbangkan orang lain ketika dalam kesusahan besar.

Membakar Roti Dengan Jess

Satu pagi ketika Lilia bersiap untuk bekerja, anak perempuannya, Jess, yang berusia 4 tahun, siap untuk bekerja juga. Keluarga ini telah membeli sebuah pembakar roti yang menggunakan alat penghantar, dan konsep roti berputar melalui kaunter ketuhar kecil mempesonakan Jess. Beberapa minit kemudian, Lilia menemukan roti dan separuh daripada roti bakar bertimbun di kaunter. “Saya pembuat roti yang pandai!” Jess isytiharkan.

Penolong Senyap

Penemuan penisilin merevolusikan penjagaan kesihatan. Sebelum tahun 1940-an, jangkitan bakteria sering membawa maut. Sejak itu, penisilin telah menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya dengan membunuh bakteria yang berbahaya. Orang-orang yang mengiktiraf potensi penisilin dan mengembangkannya untuk kegunaan meluas telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1945.

Gadis Yang Melambai

Pada akhir 1800-an dan awal 1900-an, pandangan yang biasa menyambut kapal-kapal laut sementara masuk ke pelabuhan Savannah, Georgia, Amerika Syarikat. Pandangan itu ialah Florence Martus, “The Waving Girl” (Gadis yang melambai). Selama 44 tahun, Florence menyambut kapal-kapal besar dari seluruh dunia, melambai sehelai sapu tangan pada siang hari atau sebuah lantera pada waktu malam. Pada masa ini, sebuah patung Florence dan anjingnya yang setia berdiri di Morrell Park Savannah, tetap menyambut kapal-kapal yang datang berlabuh.

Einstein Dan Yesus

Kita ingat Albert Einstein lebih daripada rambutnya yang kusut, mata besar, dan kepintarannya yang lucu dan menarik. Kita mengenali dia sebagai genius dan ahli fizik yang mengubah cara kita melihat dunia. Formulanya yang terkenal E=mc2 merevolusikan pemikiran saintifik dan membawa kita ke zaman nuklear. Melalui “Teori Relativiti Khas” dia memberi alasan bahawa oleh sebab segala sesuatu dalam alam semesta ini bergerak, semua pengetahuan hanyalah suatu perspektif. Dia percaya bahawa kelajuan cahaya adalah satu-satunya pemalar, yang kita boleh gunakan untuk mengukur ruang, masa, atau jisim fizikal.