Month: Ogos 2015

Tidak Lagi!

Sementara saya membaca mesej teks pada telefon bimbit saya, suhu badan saya mula meningkat dan darah saya mula mendidih. Saya hampir mengirimkan mesej jahat apabila suara hati memberitahu saya supaya bertenang dan membalasnya esok. Keesokan paginya selepas tidur malam yang baik, isu yang sungguh mengecewakan saya kelihatan amat remeh. Saya telah membesar-besarkannya kerana saya tidak mahu meletakkan kepentingan orang lain lebih dahulu daripada diri saya sendiri. Saya tidak mahu menyusahkan diri untuk membantu orang lain.

Ke Mana Kita Bersandar?

Dalam Portraits of Famous American Women Robert Henkes menulis, “Sebuah potret bukan sebuah gambar, bukan juga imej cermin.” Sebuah potret melangkaui penampilan luar untuk menyiasat kedalaman emosi jiwa manusia. Dalam sebuah potret, seorang artis sejati cuba “menangkap watak sebenar orang itu.”

Debit Dan Kredit

Apabila suami saya mengajar kelas perakaunan di sebuah kolej tempatan, saya mengambil salah satu ujian itu hanya untuk suka-suka bagi melihat sebaik mana saya boleh melakukannya. Keputusannya tidak baik. Saya menjawab setiap soalan dengan salah. Saya gagal kerana saya bermula dengan kefahaman yang salah mengenai konsep asas perbankan. Saya terbalikkan debit dan kredit.

Aku Datang Untuk Membantu

Penerangan yang jelas daripada wartawan Yakub Riis akan kemiskinan dalam abad ke-19 di Bandaraya New York menakutkan orang ramai yang pada umumnya berpuas hati. Bukunya How the Other Half Lives yang menggabungkan tulisannya dengan gambar-gambarnya sendiri untuk memberikan gambaran yang jelas supaya orang ramai tidak boleh melepaskan diri daripada kewujudan kemiskinan yang mendesak. Anak ketiga daripada lima belas orang adik-beradik, Riis menulis dengan berkesan kerana dia telah hidup dalam dunia keputusasaan yang dahsyat itu.

Adunan Di Dalam Mangkuk

Anak perempuan saya dan saya menganggap kek brownie sebagai salah satu tujuh keajaiban dalam dunia masakan. Pada suatu hari, semasa kami mencampurkan bahan-bahan bagi kek coklat kegemaran kami, anak perempuan saya meminta agar saya meninggalkan sedikit adunan di dalam mangkuk selepas menuangkan yang banyak ke dalam acuan pembakar. Dia ingin menikmati apa yang tersisa. Saya tersenyum dan bersetuju. Kemudian, saya memberitahunya, “Itu dipanggil memungut saki-baki, awak tahu, dan ia tidak bermula dengan kek brownie.”

Tidak Dapat Diduga

Dalam perlawanan golf Wanita Amerika Syarikat Terbuka 2003, Hilary Lunke yang kurang dikenali mendapat hadiah terbesar dalam golf wanita—dan suatu tempat dalam sejarah. Bukan sahaja dia memenangi piala Amerika Syarikat Terbuka dalam perlawanan penentuan 18-lubang, tetapi ia juga satu-satunya kemenangan profesionalnya. Kemenangannya yang mengejutkan dan memberi inspirasi menekankan hakikat bahawa salah satu perkara yang paling menarik mengenai sukan adalah ia tidak dapat diduga.

Pengkritik Tanpa Nama

Stika masih kanak-kanak, saya biasa menaiki sepeda untuk pergi ke sekolah yang jaraknya jauh dari rumah. Apabila terdengar suara derit dari roda sepeda, saya pun diingatkan untuk segera memberinya pelumas.

Hak Keistimewaan Keluarga

Semasa saya berada di sekolah rendah di Ghana, Afrika, saya harus tinggal bersama dengan keluarga yang prihatin dan penyayang, jauh daripada ibu bapa saya. Pada suatu hari, semua kanak-kanak berhimpun untuk pertemuan keluarga khusus. Bahagian pertama melibatkan kami semua berkongsi pengalaman masing-masing. Tetapi berikutnya, apabila hanya “anak-anak kandung” dikehendaki hadir, saya dengan sopan dikecualikan. Lalu kenyataan sebenar memukul saya: Saya bukan seorang “anak keluarga.” Walaupun mereka sayangkan saya, keluarga itu harus mengecualikan saya kerana saya hanya tinggal bersama-sama mereka; saya bukan bahagian yang sah dalam keluarga mereka.

Pemain Catur Yang Unggul

Di sekolah menengah, saya berasa bangga dengan kebolehan saya bermain catur. Saya menyertai kelab catur, dan semasa makan tengah hari, saya akan duduk di meja dengan nerda lain, meneliti buku dengan tajuk-tajuk seperti Classic King Pawn Opening. Saya belajar teknik, memenangi kebanyakan daripada pertandingan, dan mengetepikan permainan itu selama 20 tahun. Kemudian saya bertemu seorang pemain catur yang benar-benar pandai, yang telah menyempurnakan kemahirannya sejak di sekolah menengah, dan saya belajar bagaimana bermain melawan seorang pakar. Walaupun saya mempunyai kebebasan sepenuhnya membuat langkah apa pun yang saya inginkan, tiada satupun strategi saya menggugatnya. Kemahirannya yang unggul itu memberi jaminan bahawa langkah-langkah saya itu akhirnya menguntungkan dia.