“Dia amat sesuai untuk kamu,” sahabat saya berkata. Dia bercakap mengenai seorang pemuda yang dia baru kenal. Dia menggambarkan matanya yang cerah, senyumannya yang menyenangkan dan hatinya yang baik. Semasa saya berjumpa dengannya, saya amat bersetuju dengan sahabat saya itu. Pada hari ini dia ialah suami saya, patutlah saya mencintai dia!

 

Dalam Kidung Agung, si pengantin menggambarkan kekasihnya. Cintanya lebih baik daripada wain dan lebih harum daripada minyak wangi. Namanya lebih manis daripada apa pun benda di dunia ini. Oleh itu, dia merumuskan, patutlah dia dikasihi.

Namun terdapat seorang Peribadi yang jauh lebih indah daripada siapa pun kekasih di bumi ini, Peribadi yang juga lebih baik daripada wain. Kasih-Nya memuaskan segala keperluan kita. “Bau harum”-Nya lebih baik daripada mana-mana minyak wangi kerana apabila Dia memberikan nyawanya untuk kita, pengorbanan-Nya menjadi bau harum yang menyenangkan hati Tuhan (Efesus 5:2). Akhirnya, Tuhan meninggikan nama-Nya di atas segala nama (Filipi 2:9). Patutlah kita mengasihi Dia!

Ini adalah satu keistimewaan untuk mengenal Yesus. Ia merupakan pengalaman terbaik di dunia! Adakah kita mengambil masa untuk memberitahu-Nya? Adakah kita menggambarkan dengan kata-kata tentang keindahan Penyelamat kita? Jika kita menunjukkan keindahan-Nya melalui kehidupan kita, orang lain akan berkata “Patutlah kamu mengasihi Dia!”