Sungutan
Jiran-jiran saya mungkin berasa hairan apabila mereka melihat saya berada di luar pada suatu hari yang bersalji. Saya sedang berdiri di laluan masuk rumah dengan memegang penyodok, lalu menyodok dengan kasar segumpalan ais yang telah terbentuk di satu sudut longkang. Setiap kali saya menyodok, saya akan meluahkan kata-kata seperti, “Aku tidak dapat melakukan semua ini.” “Aku tidak ada kekuatan untuk melakukannya.” Sebagai seorang penjaga yang mempunyai senarai tanggungjawab yang panjang untuk ditangani, tambahan lagi gumpalan ais ini, saya tidak tertahan lagi!
Tuhan Kita Yang Cemburu
Pada tahun 2014, seorang pengkaji di Universiti California menggunakan satu patung anjing untuk menunjukkan bahawa binatang juga boleh berasa cemburu. Profesor Christine Harris meminta beberapa pemilik anjing untuk menunjuk rasa kasih sayang kepada patung binatang di hadapan binatang peliharaan mereka. Dia mendapati bahawa tiga perempat daripada binatang-binatang tersebut memberikan respons iri hati. Ada pula berusaha menarik perhatian dengan menyentuh atau menolak pemiliknya dengan lembut. Ada pula yang cuba menolak pemiliknya menjauhi patung itu. Ada yang bertindak berlebihan dengan menggigit patung saingan mereka.
Kerja Harian yang Membosankan
Sekolah menengah yang pernah saya hadiri menuntut pembelajaran bahasa Latin selama 4 tahun. Saya menghargai disiplin yang saya perolehi daripada mata pelajaran itu sekarang, tetapi pada waktu itu ia merupakan satu kerja harian yang membosankan. Guru kami yakin kepada latihan dan pengulangan. Setiap hari dia akan berkata beberapa kali kepada kami “Repetitio est mater studiorum,” yang bermaksud “pengulangan adalah asas pembelajaran.” Kami pula merungut dengan senyap-senyap, “Repetitio est absurdum,” yang bermaksud “Pengulangan tidak masuk akal.”
Kata-Kata Orang Bijak
Suami anak saudara perempuan saya menulis kata-kata ini di media sosial: “Saya mahu menulis lebih banyak lagi dalam talian kalau bukan adanya suara kecil yang melarang saya daripada melakukannya. Sebagai pengikut Yesus, anda mungkin berfikir suara kecil ini datang daripada Roh Kudus. Bukan. Suara kecil itu adalah suara isteri saya, Heidi.”
Air dan Hidup
Apabila Dave Mueller membongkok dan memutarkan kepala paip, air pun mencurah keluar dan masuk ke dalam sebuah baldi biru. Orang di sekitarnya bertepuk sorak. Mereka berpesta apabila melihat air segar mengalir ke dalam masyarakat mereka untuk kali pertama. Memiliki air yang bersih akan mengubah kehidupan golongan ini yang berada di Kenya.