Mengucapkan selamat tinggal adalah susah—baik kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, tempat yang anda gemar dan amat kenali, ataupun terhadap satu pekerjaan atau kehidupan.
Dalam Lukas 9:57-62, Tuhan kita menerangkan pengorbanan untuk menjadi pengikut-Nya. Seorang yang bakal menjadi pengikut berkata kepada Yesus: “ ‘Tuan, saya mahu mengikut tuan, tetapi benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya.’ Yesus menjawab: ‘Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintah Allah’ ” (ayat 61-62). Adakah Dia meminta pengikut-Nya mengucapkan selamat tinggal kepada segala-galanya dan setiap hubungan yang dianggap berharga?
Dalam bahasa Cina, tidak ada istilah yang bersamaan secara langsung dengan perkataan bahasa Inggeris goodbye (selamat tinggal). Dua perkataan Cina yang biasanya digunakan untuk menterjemahkan perkataan ini sebenarnya bermakna “Jumpa lagi.” Menjadi seorang pengikut Kristus kadang-kadang mungkin bermakna orang lain akan menolak kita, tetapi seandainya kita mengucapkan selamat tinggal kepada orang, itu tidak bermaksud bahawa kita harus melupakan semua hubungan kita pada masa lampau. Mengucapkan selamat tinggal bermakna Tuhan menginginkan kita mengikuti Dia berdasarkan syarat-Nya—dengan sepenuh hati. Maka kita akan melihat seseorang semula dari perspektif yang betul.
Tuhan menginginkan yang terbaik untuk kita, tetapi kita mesti mengutamakan Dia dalam segala sesuatu terlebih dahulu.
kita akan mendapat perspektif yang baru.