Lembah kami di Idaho, Amerika Syarikat boleh menjadi sangat sejuk pada musim sejuk. Kabus dan kabut tebal menyelubungi tanah, sehingga menyekat udara dingin di bawah lapisan atasan yang lebih panas. Namun, anda boleh pergi ke bahagian atas lembah itu. Terdapat satu jalan yang berdekatan dan berliku-liku ke lereng Gunung Shafer Butte yang setinggi 2286 meter dari lembah kami. Dengan memandu kereta beberapa minit sahaja, anda akan menembusi kabut dan masuk ke dalam cuaca panas dan terang yang disinari cahaya matahari. Anda boleh melihat ke awan yang menyelubungi lembah di bawah dan melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza.
Kadangkala kehidupan adalah sedemikian. Kita seolah-olah dikelilingi oleh kabut yang tidak dapat ditembusi oleh cahaya matahari. Namun, iman merupakan jalan kita untuk keluar dari lembah—jalannya adalah kita “harus mengingini perkara-perkara yang di syurga” (Kolose 3:1). Apabila kita berbuat demikian, Tuhan akan membantu kita mengatasi masalah itu dan memperoleh keberanian dan ketenangan untuk sepanjang hari. Sebagaimana rasul Paulus menulis, “Aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit” (Filipi 4:11).
Melalui Kristus yang memberi kita kekuatan (ayat 13), kita boleh mendaki keluar daripada kesengsaraan dan kemuraman kita, duduk sekejap di lereng bukit, malah mendapat pandangan yang berbeza tentang apa yang kita alami dalam hidup ini.