Beberapa tahun yang lalu, saya membalas surat dalam tempoh beberapa minggu dan hal ini menggembirakan penerima surat saya. Kemudian mesin faks wujud dan menyebabkan mereka berpuas hati kerana dapat menerima balasan dalam beberapa hari sahaja. Sekarang, dengan adanya emel, mesej pantas, dan telefon bimbit, kita ingin menerima balasan pada hari yang sama!

“Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Tuhan.” Dalam ayat yang kita biasa ini daripada Mazmur 46, saya membaca dua perintah yang mempunyai kepentingan yang setaraf. Pertama, kita mesti mendiamkan diri, sesuatu yang ditentang oleh kehidupan yang moden. Di dunia yang sibuk dan bising ini, beberapa saat yang sunyi pun sukar diperoleh. Ketenangan juga mempersiapkan kita untuk perintah kedua: “Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah! Aku ditinggikan di antara bangsa-bangsa, ditinggikan di bumi!” Di tengah-tengah dunia yang berkomplot untuk menentang dan tidak menyanjung Tuhan, bagaimanakah saya boleh meluangkan masa dan mengizinkan Dia menguatkan kehidupan rohani saya?

“Doa,” Patricia Hampl menulisnya, “ia merupakan suatu kebiasaan untuk memberikan semua perhatian kepada Tuhan.” Ah, doa … suatu kebiasaan untuk memberikan perhatian. Diamlah dan ketahuilah. Langkah pertama dalam doa adalah mengakui atau “mengetahui” bahawa Tuhan ialah Tuhan. Apabila Tuhan menjadi tumpuan perhatian kita, segala hal akan dilihat dengan fokus yang betul. Berdoa membolehkan kita mengakui kegagalan, kelemahan dan keterbatasan kita kepada Tuhan. Dia yang akan bergerak balas terhadap kelemahan manusia dengan belas kasihan yang tidak terhad.