“Pembina Koboi” adalah istilah yang digunakan oleh ramai pemilik rumah di Britain untuk menggambarkan pekerja yang melakukan kerja pembinaan dengan tidak bagus. Istilah ini dipakai dengan perasaan takut atau kesal, selalunya disebabkan oleh pengalaman buruk.

Sebenarnya sejak zaman Alkitab, pasti juga ada tukang kayu, tukang batu, dan pemahat batu yang tidak jujur. Namun dalam cerita Raja Yoas ketika dia membaiki Rumah Tuhan, tukang-tukang yang mengawasi serta melakukan kerja pembinaan ini adalah sangat jujur (2 Raja-Raja 12:15).

Walau bagaimanapun, Raja Yoas “melakukan perkara-perkara yang diperkenankan TUHAN” (ayat 2) hanya apabila Imam Yoyada mengarahkan dia berbuat demikian. Seperti yang kita baca dalam 2 Tawarikh 24:17-27, selepas kematian Yoyada, Yoas berpaling daripada Tuhan dan dipujuk untuk menyembah berhala.

Raja ini mengalami kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan hanya berdasarkan bimbingan seorang imam yang takut akan Tuhan. Semua ini membuat saya berhenti untuk berfikir sejenak. Apakah warisan yang kita ingin turunkan kepada generasi seterusnya? Adakah kita akan terus bertumbuh dan berkembang dalam iman sepanjang hidup, serta menghasilkan buah yang baik? Atau adakah kita akan mula mengalih perhatian kepada benda-benda duniawi serta mula menyembah berhala moden—seperti keselesaan hidup, harta benda, dan meninggikan diri sendiri?