Month: Jun 2016

Lokasi Yang Terpencil

Pulau Tristan da Cunha terkenal kerana kedudukannya yang terasing. Ia juga merupakan pulau berpenduduk yang terpencil di dunia, dengan 288 orang yang memanggil tempat itu sebagai tempat kediaman mereka. Pulau itu terletak di Selatan Lautan Atlantik, 2816 kilometer dari Afrika Selatan–tanah besar yang paling dekat. Sesiapa pun yang ingin mengunjungi tempat tersebut perlu menaiki bot selama tujuh hari kerana pulau itu tiada kemudahan pengangkutan udara.

Belajar Untuk Mengasihi Orang

Kasih bukan sahaja boleh menjadikan “dunia ini berputar,” seperti seni kata dalam sebuah lagu lama. Ia juga membuat hati kita mudah tersinggung. Kadang-kadang kita mungkin akan berfikir: “Mengapa saya harus mengasihi orang lain jika mereka tidak menghargai saya?” atau “Mengapa saya harus mengasihi mereka dan membiarkan diri untuk dilukai?” Namun, rasul Paulus memberikan alasan yang jelas dan ringkas supaya kita terus mengejar kasih: “Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain. Oleh itu, kamu harus berusaha untuk mengasihi orang lain” (1 Korintus 13:13–14:1).

Hoo-ah!

Sorakan tentera Amerika Syarikat “hoo-ah” menandakan persetujuan para askar akan sesuatu hal. Maksud asalnya sudah tidak diketahui, tetapi ada yang berkata bahawa ia berasal daripada singkatan HUA—Heard (Dengar), Understood, (Faham), dan Acknowledged (Setuju). Saya pula mendengar pernyataan itu untuk kali pertama pada waktu saya menjalani latihan ketenteraan asas.

Abba, Bapa

Gambar itu ditemui pada sekeping kad Hari Bapa yang lucu. Di dalam gambar tersebut, seorang bapa sedang menolak mesin pemotong rumput di halamannya dengan menggunakan satu tangan sambil menarik sebuah kereta kecil di belakangnya dengan tangannya yang satu lagi. Anak perempuannya yang berumur tiga tahun sedang berada di kereta itu dan sangat seronok menikmati perjalanannya di halaman dengan suasana yang bising. Ini mungkin bukanlah pilihan yang paling selamat untuk menjaga anak, tetapi siapa kata bahawa lelaki tidak dapat melakukan banyak perkara pada masa yang sama?

Kekalahan Atau Kemenangan?

Pada 18 Jun setiap tahun, hari ini merupakan hari peringatan bagi Pertempuran Waterloo yang berlaku di negara yang kita kenali sebagai Belgium masa kini. Pada tahun 1815 hari itu, tentera Perancis di bawah pimpinan Napolean dikalahkan oleh pasukan tentera multinasional yang dipimpin oleh Duke Wellington. Sejak itu, frasa “to meet your Waterloo” (menemui Waterloo anda) membawa maksud “dikalahkan oleh seseorang yang terlalu kuat bagi anda atau oleh masalah yang terlalu susah bagi anda.”