Orang Yang Suka Berbanding
Thomas J. DeLong, seorang profesor di Sekolah Perniagaan Harvard telah memperhatikan satu trend yang membimbangkan di kalangan pelajar dan rakan-rakan sekerjanya—“ketagihan dalam membuat perbandingan.” Dia menulis, “Trend ini semakin ketara … eksekutif perniagaan, penganalisis di Wall Street, peguam, doktor dan golongan profesional yang lain semakin suka membandingkan pencapaian mereka dengan pencapaian orang lain … Keadaan seperti ini tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan bagi individu mahupun syarikat-syarikat. Apabila anda menentukan kejayaan berdasarkan kriteria luaran dan bukanya kriteria dalaman, anda akan semakin kehilangan kepuasan hati dan komitmen anda.”
Perkara Yang Anda Harus Lakukan
Ketika sekumpulan kenderaan tentera bersedia untuk bertolak, seorang anggota pasukan tentera laut yang muda mengetuk tingkap kenderaan pemimpin pasukannya dengan segera. Dengan jengkel, sarjan itu menurunkan tingkapnya. “Apa?” “Anda terlupa melakukan perkara itu,” kata anggota tentera itu. “Perkara apa?” tanya sarjan itu. “Perkara yang anda harus lakukan,” jawab anggota tentera tersebut.
Melangkah Dengan Yakin
Pada musim panas tahun 2015, Hunter (15 tahun) mendukung adiknya Braden (8 tahun) di belakang untuk berjalan kaki sejauh 9.2 km bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap keperluan orang yang menghidapi palsi serebrum (Keabnormalan perkembangan otak yang membantut pergerakan anggota-anggota badan). Dengan berat badan Braden sebanyak 27 kg, maka Hunter perlu kerap berhenti dan seseorang akan membantu dia meregangkan otot. Hunter memakai abah-abah khas untuk mengurangkan berat badan Braden. Menurut Hunter, walaupun abah-abah itu dapat melegakan ketidakselesaan fizikal, namun apa yang paling membantunya adalah orang ramai di sepanjang jalan. “Jika bukan kerana mereka memberikan sorakan dan berjalan bersama kami, saya tidak akan dapat melakukannya. ... Meskipun kaki saya terasa sakit, namun galakan kawan-kawan membantu saya mengharunginya dengan berjaya ... ” Ibunya menamakan perjalanan yang sukar itu sebagai “Perjalanan Palsi Serebrum yang Yakin.”
Bersinar Terang Dalam Kegelapan
Pada tahun 1989, Vaclav Havel telah dinaikkan daripada kedudukannya sebagai seorang tahanan politik kepada presiden pertama yang dipilih di Czechoslovakia, Eropah Tengah. Beberapa tahun kemudian pada hari pengebumiannya di Prague pada tahun 2011, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright, yang juga dilahirkan di Prague, menyifatkan dia sebagai seorang yang telah “membawa cahaya ke tempat-tempat yang sangat gelap.”
Legasi Kehidupan
Semasa menginap di hotel di sebuah bandar kecil, saya memerhati-kan sebuah gereja di seberang jalan sedang mengadakan kebaktian. Orang ramai bersesakan masuk ke dalam gereja di ruang tempat berdiri, sehingga orang muda mahupun orang tua perlu berdiri di kaki lima. Apabila saya melihat kereta jenazah berhenti di susur jalan, saya menyedari bahawa ia adalah upacara pengebumian. Dengan melihat orang ramai itu, saya menyangka bahawa upacara tersebut adalah untuk wira tempatan—mungkin ahli perniagaan kaya ataupun tokoh terkenal. Saya terasa ingin tahu lalu bertanya kepada kerani hotel, “Begitu ramai orang menghadiri upacara pengebumian ini; adakah dia seorang yang terkenal di bandar ini?”