“Saya lapar,” kata anak perempuan saya yang berumur 8 tahun. “Minta maaf,” saya kata kepadanya, “Saya tidak ada apa-apa makanan untuk kamu sekarang. Mari kita bermain tic-tac-toe (sejenis permainan) dulu.” Kami sudah menunggu ketibaan pengantin perempuan di gereja hampir sejam untuk upacara perkahwinan yang sepatutnya dilangsungkan pada tengah hari. Semasa saya berfikir berapa lama lagi yang harus kami menunggu, saya berharap dapat mengalihkan perhatian anak perempuan saya sehingga perkahwinan itu bermula.

Sementara kami menunggu, saya berasa seakan-akan kami sedang melakonkan suatu perumpamaan. Walaupun rumah pastor yang kami tinggal tidak jauh dari gereja, saya tahu bahawa jika saya pergi untuk mengambil biskut, pengantin perempuan mungkin datang pada bila-bila masa dan saya akan terlepas daripada ketibaannya. Ketika saya menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan perhatian anak saya yang lapar, saya juga memikirkan perumpamaan Yesus tentang sepuluh orang gadis (Matius 25:1-13). Lima daripada mereka bersiap dengan minyak yang cukup dalam pelita untuk menantikan ketibaan pengantin lelaki, tetapi lima orang yang lain tidak bersedia. Seperti mana ia terlambat untuk saya bergegas kembali ke rumah pastor, demikian juga terlalu lambat bagi perempuan muda itu pergi dan membeli minyak untuk pelita mereka.

Yesus memberitahu perumpamaan ini untuk menekankan bahawa kita perlu bersedia, kerana apabila Dia datang kembali, kita perlu bertanggungjawab atas keadaan hati kita. Adakah kita sedang menunggu dan sudah bersedia akan kepulangan-Nya?