Pada tahun 2016, syarikat-syarikat teater di Britain dan di sekeliling dunia telah mementaskan persembahan khas untuk memperingati ulang tahun ke-400 kematian William Shakespeare. Konsert, ceramah dan perayaan telah menarik orang ramai merayakan karya seorang penulis drama bahasa Inggeris yang terbaik dan bertahan lama. Ben Jonson, salah seorang penulis sezaman dengan Shakespeare menulis tentangnya, “Dia bukan tokoh yang terunggul untuk satu zaman, tetapi untuk semua waktu.”

Walaupun pengaruh sesetengah artis, penulis dan pemikir telah bertahan berabad-abad, hanya hidup dan karya Yesus Kristus yang akan bertahan melampaui masa. Dia berkata bahawa Dia adalah “roti yang turun dari syurga … Tetapi orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya” (ayat 58).

Apabila orang ramai yang mendengar ajaran Yesus itu tidak dapat menerima kata-kata-Nya, malah berhenti untuk mengikut Dia (Yohanes 6:61-66), Tuhan bertanya kepada para pengikut-Nya jika mereka juga ingin meninggalkan Dia (ayat 67). Petrus menjawab, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah” (ayat 68-69).

Apabila kita menjemput Yesus untuk masuk ke kehidupan kita sebagai Tuhan dan Penyelamat kita, kita sama seperti para pengikut-Nya yang pertama dan semua yang telah mengikut Dia mempunyai hidup yang baru dan kekal—melampaui masa.