Month: Januari 2017

Tetap Teguh Dan Percaya

Bayangkan dunia ini tidak ada angin. Tasik akan menjadi tenang. Daun-daun yang gugur tidak melayang-layang. Tetapi dalam udara yang tenang, siapa akan menduga pokok-pokok akan tiba-tiba tumbang? Itulah yang berlaku di sebuah rumah kaca seluas 3 ekar di padang gurun Arizona, Amerika Syarikat. Pokok-pokok yang tumbuh di dalam Biosphere 2 (sebuah gelembung besar yang tertutup) tumbuh lebih cepat daripada pokok -pokok lain sehingga pokok-pokok itu rebah kerana terlalu berat. Akhirnya, para pengkaji projek tersebut terfikir akan satu kesimpulan. Pokok-pokok tersebut memerlukan tekanan angin untuk tumbuh dengan kuat.

Mengingati Kebaikan Tuhan

Anak kami bertarung dengan ketagihan dadah selama tujuh tahun, dan sepanjang masa itu, saya dan isteri saya mengalami masa yang sukar. Sambil berdoa dan menunggu kesembuhannya, kami belajar untuk meraikan kemenangan kecil. Jika tiada apa-apa berlaku dalam jangka masa 24 jam, kami akan berkata “Hari ini baik”. Ayat pendek tersebut menjadi suatu peringatan untuk bersyukur atas pertolongan Tuhan untuk perkara-perkara yang paling kecil.

Tiada Yang Tersembunyi

Pada tahun 2015, sebuah syarikat kajian antarabangsa melaporkan bahawa terdapat sebanyak 245 juta buah kamera pengawasan telah dipasang di seluruh dunia, dan terus bertambah sebanyak 15% setiap tahun. Selain itu, berjuta-juta orang yang memiliki telefon pintar mengambil gambar setiap hari yang merangkumi kejadian biasa seperti sambutan hari jadi sehinggalah rompakan bank. Sama ada kita menyokong peningkatan keselamatan itu atau menentang privasi yang semakin pudar, kita sebenarnya tinggal di dunia yang memiliki kamera di mana sahaja.

Turut Bekerja

Isteri saya memasak daging panggang yang sangat sedap sebagai sajian makan malam. Dia memasukkan daging, hirisan ubi kentang manis, daun saderi, cendawan, lobak merah, dan bawang besar ke dalam periuk. Selepas enam atau tujuh jam kemudian, aroma makanan ini boleh terhidu di seluruh rumah, dan rasanya memang lazat. Memang berbaloi untuk menunggu sehingga kesemua bahan dalam periuk itu masak sebati untuk mendapatkan sesuatu hasil yang memuaskan, yang tidak akan kami dapat jika setiap bahan dimasak berasingan.

Selalu Berbuat Baik

Ada orang berkata bahawa penulis Amerika, Anne Herbert mencoretkan frasa “Practise random acts of kindness and senseless acts of beauty” yang bermaksud “Selalu berbuat baik dan menunjukkan keindahan dalam kelakuan baik” pada sehelai alas meja di sebuah restoran pada tahun 1982. Pendapat tersebut telah menjadi popular melalui filem dan penulisan serta telah menjadi frasa yang kita biasa gunakan.