Month: Februari 2017

Diuji dan Dikuduskan

Semasa diwawancara, penyanyi dan penulis lagu Meredith Andrews bercakap tentang ketidakmampuannya ketika dia mencuba untuk menyeimbangkan peranannya dalam penginjilan, kerjaya, kehidupan perkahwinan dan menjadi seorang ibu. Ketika mengimbas kembali cabaran-cabaran itu, dia berkata, “Saya berasa Tuhan membawa saya melalui waktu pemurnian, malah seumpamanya melalui proses penghancuran.”

Bermula Daripada Seadanya

Hari ini saya terlihat sekuntum bunga tunggal yang tumbuh di padang rumput—bunga kecil berwarna ungu yang “mensia-siakan keharumannya dalam udara padang pasir.” Ayat yang indah ini dipetik daripada sajak penulisan Thomas Gray. Saya pasti tiada seorang pun pernah melihat bunga istimewa ini sebelumnya, dan mungkin tiada seorang pun yang akan melihatnya lagi. Mengapakah bunga yang indah ini berada di sini? Saya berfikir.

Dalam Segala Keadaan

Di kawasan pinggir bandar yang kami tinggal, kami selalu mengadu tentang gangguan bekalan elektrik. Gangguan itu boleh berlaku 3 kali seminggu dan berlangsung lebih daripada 24 jam, sehingga seluruh kawasan kejiranan berada dalam kegelapan. Ketidakselesaan itu sukar ditanggung terutamanya apabila kami tidak dapat menggunakan peralatan asas di rumah.

Aku Melihat Kamu

“Aku melihat kamu.” Inilah kiriman seorang kawan dalam kumpulan penulis kami secara talian. Dalam kumpulan ini, kami saling menyokong dan memberikan galakan. Masa itu saya berasa tertekan dan cemas, namun saya mengalami kedamaian dan kesejahteraan kerana kata-katanya itu. Kawan itu “melihat” aku—harapan, kerisauan, pergelutan, impian—dan dia mengasihi saya.