Isaac Watts yang muda mendapati muzik di gerejanya ada kekurangan, maka ayahnya menggesa dia menggubah sesuatu yang lebih baik. Isaac pun melakukannya. Lagu pujian yang bertajuk “When I Survey the Wondrous Cross” (“Bila Kuingat Salib-Nya”) telah menjadi lagu pujian yang terbaik dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.

Rangkap ketiga dalam lagu penyembahan Watt telah membawa kita ke hadirat Kristus di atas salib.

Lihatlah kepala-Nya, tangan-Nya, kaki-Nya,
Tercurah sedih pilu dan kasih-Nya.
Pernahkah ada kasih, dan kesedihan sebegini
Atau mahkota duri yang mewah?

Gambaran Watt tentang kematian Kristus di atas salib sungguh ajaib juga merupakan kepahitan yang teramat dalam sejarah. Kita boleh berdiam seketika dan berdiri dengan mereka di sekeliling salib. Anak Tuhan bergelut untuk menarik nafas, a rusuk-Nya ditusuk oleh tombak. Setelah berjam-jam didera, suatu kegelapan yang ajaib lenyap. Akhirnya, Tuhan di atas segala alam semesta yang berbelas kasihan menghilangkan penderitaan-Nya. Gempa bumi menggoncang tanah. Di kota, tirai tebal Rumah Tuhan terbelah dua. Kubur-kubur terbuka dan banyak orang kudus yang telah meninggal dihidupkan semula, lalu mereka berjalan ke kota kudus (Matius 27:51-53). Kejadian-kejadian ini menyebabkan ketua askar dan askar-askar yang menyalibkan Yesus tergerak untuk berkata, “Dia betul-betul Anak Allah!” (ayat 54).

“Kayu salib menyusun semula segala nilai manusia dan menghilangkan segala dosa,” kata Pusat Kesusasteraan semasa memberi komen tentang puisi Watt. Kemudian kesimpulan ini dibuat: “Kasih yang sungguh ajaib, segala jiwa dan hidup aku dipersembahkan kepada-Mu.”