Saya kadangkala meneruskan kata-kata isteri saya, demikian juga dengan dia. Setelah berkahwin selama lebih daripada tiga puluh tahun, kami semakin memahami cara kami berfikir dan berkata. Kami tidak perlu menghabiskan seluruh ayat; hanya satu perkataan atau satu pandangan cukup untuk menyatakan satu fikiran.
Ia sangat menghiburkan—seperti sepasang kasut lama yang anda masih pakai kerana ia sangat sesuai bagi kaki anda. Kadangkala, kami memanggil pun sesama sendiri sebagai ‘kasut lama saya’ dengan penuh kasih—inilah pujian yang susah difahami jika anda tidak mengenali kami dengan mendalam! Setelah bertahun-tahun, hubungan kami telah berkembang sehingga mempunyai bahasa tersendiri, mahupun meluahkan perkataan yang terhasil daripada kasih dan kepercayaan yang berterusan selama berdekad-dekad.
Ini sangat menghiburkan untuk mengetahui bahawa Tuhan juga mengasihi kita dengan dalamnya. Daud menulis, “Bahkan sebelum aku bercakap, Engkau sudah tahu apa yang akan kukatakan” (Mazmur 139:4). Bayangkan anda sedang berbual-bual dengan Yesus tentang masalah terdalam dalam hati anda. Namun apabila anda bergelut untuk mengeluarkan kata-kata, Dia memberi anda senyuman yang dapat mencurahkan dengan tepat tentang perkara yang anda tidak dapat katakan. Betapa baiknya kerana kita tidak perlu memilih perkataan yang betul sebelum bercakap dengan Tuhan! Dia mengasihi kita dan cukup memahami kita.
Tuhan memahami isi hati kita sebelum pun kita memberitahu Dia.