Dengan Kasih dan Kasut Lama
Saya kadangkala meneruskan kata-kata isteri saya, demikian juga dengan dia. Setelah berkahwin selama lebih daripada tiga puluh tahun, kami semakin memahami cara kami berfikir dan berkata. Kami tidak perlu menghabiskan seluruh ayat; hanya satu perkataan atau satu pandangan cukup untuk menyatakan satu fikiran.
Dua Potret
Seorang nenek memegang dua gambar dan menunjukkan kepada kawan-kawannya di foyer gereja. Gambar pertama ialah anak perempuannya di kampungnya, Burundi, Afrika Timur. Gambar kedua adalah cucu lelaki yang baru dilahirkan oleh anak perempuannya. Tetapi anak perempuannya tidak memegang bayi itu. Dia telah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya.
Seorang Daripada Kami
Dalam majlis pengebumian Charles Schulz (1922-2000), pengasas komik Peanuts yang digemari ramai, kawan dan rakan kartunisnya yang bernama Cathy Guisewite berkongsi tentang sifat Schulz yang berperikemanusiaan dan berbelas kasihan. “Dia merekakan watak-watak dalam komiknya untuk semua orang, yang dapat menonjolkan perasaan kita dengan tepat supaya perasaan kita difahami dan kita tidak berasa keseorangan. Kemudian dia menghasilkan watak komik yang berdasarkan dia sendiri, dan menjadikan kita tidak pernah berasa keseorangan ... Dia mendorong kita. Dia turut bersimpati dengan kita. Watak-watak ini menjadikan dia seolah-olah serupa dengan kita.”
Segala Aku
Isaac Watts yang muda mendapati muzik di gerejanya ada kekurangan, maka ayahnya menggesa dia menggubah sesuatu yang lebih baik. Isaac pun melakukannya. Lagu pujian yang bertajuk “When I Survey the Wondrous Cross” (“Bila Kuingat Salib-Nya”) telah menjadi lagu pujian yang terbaik dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.