Di gereja yang saya beribadat, terletaknya sebuah kayu salib besar di depan ruang ibadat. Ia merupakan lambang Yesus disalibkan—tempat dosa kita bertembung dengan kekudusan-Nya. Di kayu salib, Tuhan Bapa membenarkan Anak-Nya yang sempurna untuk mati bagi setiap perbuatan salah yang pernah kita lakukan, ucapkan, atau fikirkan. Di kayu salib, Yesus menyempurnakan tugas yang dituntut untuk menyelamatkan kita daripada maut yang sepatutnya kita terima (Roma 6:23).

Dengan memandang kepada salib, saya memikirkan apa yang telah ditanggung oleh Yesus untuk kita. Sebelum penyaliban, Dia disebat dan diludahi. Askar-askar memukul kepala-Nya dan sujud menyembah untuk mengolok-olokkan Dia. Mereka menyuruh Yesus memikul salib-Nya ke tempat yang Dia akan mati, tetapi Yesus terlalu lemah kerana disebat dengan kejam. Di Golgota, mereka memaku menembusi daging-Nya supaya Dia tidak terjatuh ketika mereka menegakkan salib. Luka-luka itulah yang menyokong berat badan-Nya semasa Dia tergantung di atas salib. Enam jam kemudian, Yesus menghembuskan nafas-Nya yang terakhir (Markus 15:37). Seorang ketua askar yang menyaksikan kematian Yesus itu berkata, “Memang benar orang ini Anak Allah!” (ayat 39).

Ketika anda melihat simbol salib, renungkanlah maknanya bagi anda. Anak Tuhan telah menderita serta mati di kayu salib, kemudiannya kebangkitan-Nya memberikan hidup sejati dan kekal.