“Tiada tempat yang lebih baik daripada rumah sendiri.” Frasa ini mencerminkan satu keinginan yang sudah berakar secara mendalam dalam diri kita untuk memiliki tempat rehat dan tempat pemilikan sendiri. Yesus menyatakan keinginan yang mendalam ini ketika Dia dan para sahabat-Nya selesai menikmati makan bersama untuk kali terakhir. Dia bercakap tentang kematian dan kebangkitan-Nya yang bakal terjadi. Dia berjanji bahawa walaupun Dia akan pergi, tetapi Dia akan kembali serta menyediakan tempat untuk mereka—sebuah kediaman. Sebuah rumah.

Yesus menyediakan tempat untuk mereka—dan kita—dengan memenuhi tuntutan hukum Tuhan ketika Dia mati di kayu salib sebagai orang yang tidak berdosa. Dia meyakinkan para pengikut-Nya bahawa jika Dia harus menghadapi penderitaan untuk membina rumah ini, maka sudah pasti Dia akan kembali untuk mereka dan tidak akan meninggalkan mereka sendirian. Mereka tidak perlu berasa takut atau khuatir tentang hidup mereka, baik di bumi mahupun di syurga.

Kita boleh terhibur dan mendapat keyakinan daripada kata-kata Yesus, kerana kita yakin dan percaya bahawa Dia membina sebuah rumah bagi kita; Dia tinggal dengan kita (lihat Yohanes 14:23); dan Dia pergi mendahului kita demi mempersiapkan rumah syurgawi kita. Apa pun keadaan tempat tinggal kita sekarang, kita ini milik Yesus, digendong oleh kasih-Nya serta dikelilingi oleh kesejahteraan-Nya. Kita memiliki tempat yang terbaik dalam hadirat Yesus.