Kiley merebut peluang pergi ke pedalaman Afrika Timur untuk menyertai misi perubatan, tetapi dia berasa kurang senang hati. Dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun, dia masih boleh memberi penjagaan asas.
Semasa berada di sana, dia berjumpa dengan seorang wanita yang menjangkiti penyakit teruk tetapi boleh diubati. Keadaan kaki perempuan yang amat teruk itu menyebabkan Kiley hampir mengundurkan diri, tetapi Kiley tahu dia perlu membuat sesuatu. Apabila dia sedang membersihkan serta membalut kaki pesakit itu, pesakit tersebut mula menangis. Kiley pun bertanya sama ada kakinya sakit dengan prihatin. “Tidak,” pesakit itu menjawab. “Inilah kali pertama seseorang telah menyentuh saya dalam sembilan tahun.”
Penyakit kusta adalah satu lagi penyakit yang menjadikan seseorang pesakit dianggap jijik di mata orang lain, dan kebudayaan lama orang Yahudi mempunyai peraturan tegas untuk mengelakkan penyakit ini merebak: Mereka harus “terasing daripada orang lain” menurut hukum. Mereka harus tinggal “di luar perkhemahan” (Imamat 13:46).
Itulah sebabnya ia sangat menakjubkan apabila seorang pesakit kusta memghampiri Yesus dan berkata, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya” (Matius 8:2). “Lalu Yesus menghulurkan tangan-Nya, menjamah orang itu dan berkata: “Aku mahu. Sembuhlah!” (ayat 3).
Semasa menyentuh kaki perempuan yang berpenyakit itu, Kiley mula menunjukkan kasih Tuhan Yesus tanpa ketakutan dan jurang. Hanya satu sentuhan, perubahan telah terjadi.