Angkasawan Apollo 15, Al Worden, memahami perasaan ketika berada jauh di bulan. Pada tahun 1971, dia memandu kapal angkasa, Endeavor bersendirian selama tiga hari sementara dua orang ahli krew bekerja di atas permukaan bulan yang beribu-ribu kilometer jauh daripadanya. Bintang-bintang di langit yang kelihatan sangat tebal telah menjadi temannya, seakan-akan menyelubunginya seperti lapisan cahaya yang terang.

Apabila matahari terbenam, Yakub dalam Perjanjian Lama juga berasa keseorangan pada malam pertama dia meninggalkan rumahnya, tetapi untuk tujuan berlainan. Dia cuba melarikan diri daripada abangnya—yang ingin membunuhnya kerana mencuri berkat keluarga yang diberikan kepada anak sulung. Namun, apabila dia tertidur, Yakub bermimpi bahawa dia nampak sebuah tangga yang menghubungkan bumi dengan syurga. Dia melihat malaikat-malaikat turun naik di sana, lalu terdengar suara Tuhan yang berjanji akan bersamanya dan memberkati seluruh bumi melalui keturunannya. Apabila Yakub bangun, dia berkata, “TUHAN ada di sini, di tempat ini, tetapi baru sekarang aku mengetahuinya!” (Kejadian 28:16).

Yakub cuba menyembunyikan dirinya kerana menipu. Namun, pada waktu malam yang segelap dengan kegagalannya, dia berada dalam hadirat Tuhan. Rancangan Tuhan adalah selalu lebih baik dan membawa pengaruh yang lebih besar jika dibandingkan rancangan kita sendiri. Syurga adalah lebih dekat daripada jangkaan kita, dan “Tuhan Yakub” menyertai kita.