Dalam perjalanan pulang dari tempat percutian, saya dan keluarga telah melalui bahagian tengah Oregon, Amerika Syarikat yang terpencil. Selama dua jam selepas senja, kami melalui ngarai yang dalam dan gurun dataran tinggi. Di sepanjang jalan itu, kelihatannya kurang daripada dua puluh buah lampu hadapan kereta menerangi kegelapan jalan. Secara perlahan-lahan, bulan pun mula muncul di langit, cahayanya kelihatan di sepanjang jalan ke puncak bukit, tetapi menjadi gerhana bulan apabila kami melalui tanah rendah. Anak perempuan saya menyebutkan bahawa cahaya bulan mengingatkan dia tentang kehadiran Tuhan. Saya bertanya sama ada dia perlu melihat bulan untuk tahu akan hadirat Tuhan. Dia menjawab, “Tidak, tetapi ini pasti membantu.”
Selepas kematian Musa, Yosua meneruskan pimpinan ke atas umat Israel dan diarahkan untuk membawa umat pilihan Tuhan ini masuk ke Tanah Perjanjian. Walaupun dipanggil oleh Tuhan, Yosua pasti berasa tergugat dengan tugas yang mencabar ini. Namun Tuhan dengan belas kasihan-Nya meyakinkan bahawa Dia akan menyertainya dalam perjalanan di hadapan (Yosua 1:9).
Jalan kehidupan sering kali dipenuhi dengan cabaran baru. Kita mengharungi pelbagai musim, walaupun perjalanan di hadapan kurang jelas. Rancangan Tuhan mungkin tidak jelas bagi kita, tetapi Dia berjanji akan menyertai kita “sehingga akhir zaman” (Matius 28:20). Apakah lagi jaminan yang boleh kita harapkan, tidak kira apa pun ketidakpastian atau cubaan yang akan kita lalui? Walaupun kita berada di perjalanan yang tidak berlampu, Tuhan sebagai Cahaya dunia yang menyertai kita.