Semasa anak-anak saya masih kecil, mereka selalu bermain di halaman luar rumah yang lecak lalu menjadi kotor dan berlumpur. Untuk kebaikan mereka dan lantai saya, saya akan menanggalkan baju mereka di luar pintu dan membalut mereka dengan tuala sebelum membawa mereka mandi. Mereka berubah menjadi bersih dengan sabun, air dan banyak pelukan.

Dalam penglihatan yang diberikan kepada Zakharia, kita melihat Imam Agung Yosua yang berpakaian sangat kotor melambangkan dosa dan kesalahan (Zakharia 3:3). Tetapi Tuhan menjadikannya bersih, menanggalkan baju kotornya dan memasang serban bersih (3:5). Serban bersih melambangkan Tuhan telah mengambil dosa daripadanya.

Kita juga boleh menerima pembersihan daripada Tuhan apabila kita dibebaskan daripada segala kesalahan kita, melalui kerja penyelamatan Yesus. Oleh sebab kematian Yesus pada salib, kita boleh mencuci lumpur dan kotoran akibat dosa dengan menerima serban sebagai anak Tuhan. Kita tidak lagi dihakimi disebabkan apa-apa kesalahan kita (menipu, mengumpat, mencuri, bersikap tamak atau lain-lain), tetapi kita boleh memiliki nama baru yang diberikan Tuhan kepada mereka yang dikasihi-Nya—dibangunkan, diperbaharui, dibersihkan dan dibebaskan.

Mintalah Tuhan membuang segala kotoran yang anda ada supaya anda juga boleh mempunyai almari pakaian yang telah disediakan oleh Dia.