Satu ayat yang selalu kelihatan pada laman sesawang keibubapaan, “Persiapkan anak untuk menempuh jalan kehidupan, bukan meratakan jalan untuk mereka.” Daripada menghilangkan segala halangan dan menyediakan jalan penyelesaian untuk anak-anak kita, kita patut mempersiapkan mereka untuk menghadapi kesusahan pada masa depan.
Pemazmur menulis, “kita akan memberitahu keturunan yang akan datang tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat, serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya … Dia memberikan amanah kepada nenek moyang kita supaya mengajarkan hukum-Nya kepada anak-anak mereka, supaya keturunan selanjutnya dapat mempelajarinya, dan kemudian memberitahunya kepada anak-anak mereka”(Mazmur 78:4-6). Matlamatnya adalah “mereka juga akan berharap kepada Allah, dan tidak melupakan perbuatan-Nya, tetapi selalu taat kepada perintah-Nya” (ayat 7).
Fikirkan betapa hebatnya impak orang lain terhadap kita melalui apa yang dikatakan mereka dan bagaimana mereka hidup. Pertuturan dan teladan kehidupan mereka telah menarik perhatian kita dan membara jiwa kita untuk mengikut Yesus seperti mereka.
Ia merupakan keistimewaan dan tanggungjawab kita untuk berkongsi firman Tuhan dan rancangan-Nya dalam kehidupan kita kepada generasi akan datang dan generasi seterusnya. Biarpun apa yang akan dihadapi dalam perjalanan hidup, kita mahu mereka bersiap sedia dan dilengkapi untuk menghadapinya dengan kekuatan Tuhan.