Sebuah salib yang bersinar terpacak di atas Table Rock, Amerika Syarikat. Dari dataran tinggi berbatu ini, anda akan dapat melihat kampung halaman saya. Beberapa buah rumah telah dibina di persekitaran tempat tersebut, tetapi sejak kebelakangan ini, pemilik-pemilik rumah di situ terpaksa berpindah kerana hal keselamatan. Walaupun mereka tinggal berdekatan dengan dasar Table Rock yang teguh, namun kediaman itu tidak selamat. Ia telah mula beralih di atas dasar tersebut—hampir tiga inci sehari—dan menimbulkan risiko pembocoran paip air yang akan mempercepat keruntuhan tanah.

Yesus membandingkan mereka yang mendengar dan mentaati firman-Nya sebagai orang yang membina rumah mereka di atas batu (Lukas 6:47-48). Rumah-rumah ini akan selamat ketika tertimpa ribut. Sebaliknya, Dia berkata bahawa rumah yang dibina tanpa dasar yang teguh —seperti orang yang tidak menghiraukan perintah-Nya—tidak akan dapat bertahan dalam ribut.

Banyak kali saya dicubai untuk tidak mempedulikan hati nurani apabila saya mengetahui bahawa Tuhan meminta lebih daripada apa yang saya sudah persembahkan, jawapan ini selalu muncul “cukuplah begini.” Namun, rumah di kaki bukit yang sedang beranjak menghuraikan bahawa “cukup dekat” tidak memadai dalam hal ketaatan kepada-Nya. Untuk menjadi orang yang membina rumah mereka di atas dasar yang teguh dan sering bertahan dalam ribut kehidupan, kita mesti mendengar kata-kata Tuhan kita sepenuhnya.