Seorang kawan saya dan isterinya yang sekarang dalam lingkungan umur awal 90-an serta sudah berkahwin selama enam puluh enam tahun. Mereka telah menulis sejarah keluarga untuk anak-anak, cucu dan keturunan mereka yang akan datang. Dalam bab terakhir yang berjudul, “Surat daripada Ibu dan Bapa,” mereka memasukkan pelajaran penting tentang kehidupan yang telah dipelajari mereka. Ini menjadikan saya menilai kehidupan saya: “Jika kamu mendapati bahawa kehidupan Kristian itu memenatkan serta menghauskan tenaga kamu, itu bermaksud bahawa kamu sedang mengamalkan satu agama dan bukannya menikmati satu hubungan dengan Yesus Kristus. Perjalanan kamu bersama dengan Tuhan tidak akan memenatkan kamu; ia akan menyegarkan, memulihkan kekuatan, serta memperkasakan hidup kamu” (Matius 11:28-29).
Parafrasa Eugene Peterson mengenai jemputan Yesus dalam petikan itu bermula dengan, “Adakah anda berasa penat? Letih lesu? Kebosanan kerana amalan-amalan keagamaan? Berjalan bersama dan bekerja dengan Aku. Belajarlah irama rahmat Tuhan yang tiada nada paksaan”.
Apabila saya berfikir bahawa melayani Tuhan itu semuanya bergantung kepada diri saya, ini bermakna bahawa saya telah mula bekerja untuk Dia dan bukannya berjalan bersama dengan Dia. Perbezaan ini harus diambil perhatian. Jika saya tidak berjalan bersama Kristus, maka roh saya akan menjadi kering dan rapuh. Kerja-kerja yang melayani orang lain menjadi satu kejengkelan, bukannya disebabkan kita manusia yang diciptakan menurut gambar Tuhan. Segalanya kelihatan tidak betul.
Apabila saya berasa bahawa saya sedang mengamalkan keagamaan dan tidak menikmati hubungan dengan Yesus, maka sudah tiba masanya untuk meletakkan beban itu serta berjalan bersama-Nya dalam “irama rahmat Tuhan yang tiada nada paksaan.”
Yesus menginginkan kita berjalan bersama Dia.