Pada saat kematiannya, Michelangelo, seorang pelukis yang hebat telah meninggalkan banyak projek yang belum selesai. Tetapi empat daripada arca agungnya memang sengaja tidak disiapkan. Hamba Berjanggut, Hamba Atlas, Hamba yang Bangkit, dan Hamba Muda, walaupun kesemua ini kelihatan belum siap, namun arca-arca ini dibiarkan dalam keadaan sedemikian secara sengaja oleh Michelangelo. Pelukis mahu menunjukkan perasaannya jika menjadi hamba untuk selamanya.
Daripada memahat arca yang dirantai, Michelangelo memahat arca terus daripada batu marmar. Susuk tubuh patung itu terhasil daripada batu, tetapi tidak lengkap. Kita boleh melihat otot-otot pada patung itu seolah-olah boleh bergerak, tetapi patung-patung ini tidak pernah dapat melepaskan diri.
Saya berasa empati dengan serta-merta terhadap patung-patung hamba tersebut. Keadaan mereka tidak jauh bezanya dengan pergelutan saya terhadap dosa. Saya tidak mampu melepaskan diri: sepertimana patung-patung itu, saya juga merasakan diri saya dalam keadaan yang tersangkut, “ditawan oleh hukum dosa yang menguasai diriku” (Roma 7:23). Tidak kira betapa kuatnya saya berusaha, saya masih tidak dapat mengubah diri sendiri. Tetapi puji syukur kepada Tuhan, anda dan saya tidak akan kekal sebagai satu tugas yang separuh siap. Pembentukan kita tidak akan selesai sehinggalah kita sampai ke syurga, tetapi sebelum itu sambil kita menyambut pekerjaan Roh Kudus yang berkuasa mengubah orang, Dia akan terus mengubah kita. Tuhan berjanji untuk menyiapkan pekerjaan yang baik yang telah dimulakan-Nya pada diri kita (Filipi 1:6).
kerana Engkau telah menjadikan kami ciptaan yang baru melalui karya Anak-Mu Yesus Kristus, yang melepaskan kami daripada menjadi hamba dosa.
Dialah tukang periuk; kamilah tanah liat.