Month: Jun 2017

Sungguh Amat Baik!

Kadangkala hari-hari dalam kehidupan kita seakan-akan dibubuhi tema tertentu . Baru-baru ini saya mengalami hari yang sedemikian. Pastor kami memulai khutbahnya dalam Kejadian 1, dengan tayangan gambar-gambar yang mengagumkan selama 2 minit tentang bunga-bunga yang sedang mengembang. Kemudian, apabila sampai di rumah, saya menonton pelbagai gambar tentang bunga di media sosial. Pada petang itu sewaktu berjalan di hutan, kami pula dikelilingi oleh bunga-bunga liar musim bunga—bunga-bunga trillium, marsh marigold dan iris liar.

Menyerapkan Firman Tuhan

Ketika anak lelaki kami, Xavier baru belajar berjalan, keluarga kami telah pergi melancong di Akuarium Monterey Bay, Amerika Syarikat. Sewaktu kami memasuki bangunan itu, saya menunjuk kepada satu arca besar yang tergantung dari siling, “Lihat, ikan paus bongkok.”

Melayani Orang Lain

Pada suatu hari gereja kami sedang mentahbiskan sekumpulan pemimpin baru. Sebagai simbol bagi peranan mereka selaku pemimpin yang berjiwa hamba, para pemimpin gereja mengambil bahagian dalam upacara membasuh kaki yang menjadi ingatan penting. Setiap pemimpin—termasuklah pastor—membasuh kaki orang lain sementara jemaah memerhatikan mereka.

Acara Yang Akan Datang

Klik Sini

Marilah kita bersiap sedia dengan hati kita untuk memperlengkapi diri dengan firman Tuhan.

Memainkan Muzik Dalam Konsert

Sewaktu pancaragam konsert cucu perempuan kami dilangsungkan di sekolahnya, saya berasa kagum dengan budak-budak berumur 11-12 tahun ini yang bermain muzik bersama dengan begitu baik. Sekiranya setiap seorang daripada pancaragam itu ingin menjadi pemain solo, maka mereka tidak mungkin dapat mencapai persembahan yang baik secara individu berbanding dengan persembahan secara berkumpulan. Alat-alat muzik tiupan kayu dan loyang serta alat genderang memainkan peranan masing-masing dan hasilnya adalah muzik yang merdu sekali!