Kadangkala hari-hari dalam kehidupan kita seakan-akan dibubuhi tema tertentu. Baru-baru ini saya mengalami hari yang sedemikian. Pastor kami memulai khutbahnya dalam Kejadian 1, dengan tayangan gambar-gambar yang mengagumkan selama 2 minit tentang bunga-bunga yang sedang mengembang. Kemudian, apabila sampai di rumah, saya menonton pelbagai gambar tentang bunga di media sosial. Pada petang itu sewaktu berjalan di hutan, kami pula dikelilingi oleh bunga-bunga liar pada musim bunga—bunga-bunga trillium, marsh marigold dan iris liar.

Tuhan menciptakan bunga dan setiap jenis tumbuhan (dan tanah kering untuk pertumbuhan tanaman), pada hari ketiga penciptaan. Sebanyak dua kali pada hari tersebut, Tuhan berkata, ia “baik” (Kejadian 1:10,12, ATB). Hanya dalam satu hari sahaja pada musim penciptaan—iaitu hari keenam—Tuhan sudah membuat pengisytiharan “baik” sebanyak dua kali (ayat 25, 31, ATB). Sebenarnya pada hari itu, apabila manusia—penciptaan teragung-Nya telah siap, Dia memandang semua hasil ciptaan-Nya dan melihat bahawa ia “sungguh amat baik.”

Dalam kisah penciptaan, kita dapat melihat Tuhan adalah Pencipta yang senang hati dengan hasil ciptaan-Nya—dan bersukacita dalam karya penciptaan. Jika tidak, apa tujuannya untuk menciptakan dunia yang berwarna-warni dan kepelbagaian seperti ini? Dia juga menyimpan yang terbaik sebagai yang terakhir apabila Dia “menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri” (ayat 27). Sebagai ciptaan yang menyerupai Dia, kita diberkati dan diilhami oleh keindahan karya penciptaan-Nya