Ketika anak lelaki kami, Xavier baru belajar berjalan, keluarga kami telah pergi melancong di Akuarium Monterey Bay, Amerika Syarikat. Sewaktu kami memasuki bangunan itu, saya menunjuk kepada satu arca besar yang tergantung dari siling, “Lihat, ikan paus bongkok.”

Mata Xavier terbeliak. “Sungguh besar,” katanya.

Suami saya berpaling kepada saya. “Bagaimanakah dia tahu perkataan itu?”

“Mungkin dia terdengar ketika kita menyebut perkataan itu.” Saya berasa kagum dengan anak kami yang telah menyerapkan bahasa yang kami tidak pernah mengajar dia secara sengaja .

Dalam Ulangan 6, Tuhan mendorong umat-Nya agar dengan sengaja mengajar generasi muda untuk mengenal dan mentaati firman Tuhan. Apabila orang Israel bertambah dalam pengetahuan tentang Tuhan, mereka dan anak-anak mereka akan semakin hormat akan Dia dan menerima kebaikan hasil daripada mengenal Dia secara intim, mengasihi Dia sepenuhnya dan mengikuti Dia dengan taat (ayat 2-5).

Dengan menerapkan firman Tuhan secara sengaja ke dalam fikiran dan hati kita (ayat 6), kita akan lebih bersedia untuk berkongsi kasih dan kebenaran Tuhan dengan anak-anak kita sepanjang aktiviti harian kita (ayat 7). Dengan memimpin melalui teladan, kita boleh melengkapi dan mendorong anak-anak muda untuk mengenal serta menghormati kebenaran Tuhan yang berkuasa dan relevan (ayat 8-9).

Sementara firman Tuhan diberitahu secara semula jadi dari hati dan mulut kita, kita dapat meninggalkan pusaka iman yang kuat untuk disalurkan kepada generasi-generasi yang akan datang (4:9).