Masa Bersama
Dalam perjalanan selama 2 jam pulang ke rumah dari majlis perkahwinan seorang ahli keluarga, ibu saya bertanya kepada saya untuk kali ketiga tentang kejadian baru di tempat kerja saya. Sekali lagi saya menjawab pertanyaannya seakan-akan saya memberi jawapan pada kali pertama, sambil memikirkan kata-kata yang perlu digunakan supaya dia dapat mengingat jawapan saya dengan mudah. Ibu saya menghidapi penyakit Alzheimer yang merosakkan ingatannya sedikit demi sedikit. Penyakit ini juga dapat mempengaruhi tingkah laku dan akhirnya melumpuhkan keupayaan seseorang untuk bertutur—bahkan lebih daripada itu.
Dihidupkan Kembali
Ketika saya masih muda, bapa saya dan beberapa kawannya telah pergi ke suatu acara sukan di luar bandar dan tayar kereta mereka tergelincir di jalan raya yang basah disebabkan hujan. Mereka mengalami kemalangan yang dahsyat. Salah seorang kawannya telah menjadi lumpuh manakala seorang lagi telah terbunuh. Bapa saya pula disahkan meninggal dunia dan dibawa ke bilik mayat. Datuk dan nenek saya yang berada dalam keadaan terkejut dan dirundung perasaan sedih datang untuk mengenal pasti mayatnya. Tetapi bapa saya pula terjaga daripada keadaan yang sebenarnya koma. Kedukaan mereka bertukar menjadi sukacita.
Ikatan Kedamaian
Selepas saya memberi respons kepada kawan saya melalui e-mel tentang hal yang kami tidak bersetuju, dia tidak membalas e-mel saya. Adakah respons saya melampau? Saya tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan mengganggunya, tetapi saya juga tidak mahu membiarkan hal itu begitu sahaja sebelum dia berangkat ke luar negara. Ketika kawan perempuan itu muncul dalam fikiran saya selama beberapa hari, saya berdoa untuknya tetapi tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan hal itu. Kemudian, pada suatu pagi ketika saya bersiar-siar di taman rekreasi awam dan terlihat dia, kesakitan terukir pada wajahnya apabila dia melihat saya. Dengan hembusan lega dan doa, saya berkata dalam hati, “Terima kasih Tuhan kerana saya dapat bercakap dengannya.” Saya mendekatinya dengan senyuman. Kemudian kami bercakap secara terbuka dan akhirnya dapat menyelesaikan perkara itu.
Irama Rahmat Tuhan
Seorang kawan saya dan isterinya yang sekarang dalam lingkungan umur awal 90-an serta sudah berkahwin selama enam puluh enam tahun. Mereka telah menulis sejarah keluarga untuk anak-anak, cucu dan keturunan mereka yang akan datang. Dalam bab terakhir yang berjudul, “Surat daripada Ibu dan Bapa,” mereka memasukkan pelajaran penting tentang kehidupan yang telah dipelajari mereka. Ini menjadikan saya menilai kehidupan saya: “Jika kamu mendapati bahawa kehidupan Kristian itu memenatkan serta menghauskan tenaga kamu, itu bermaksud bahawa kamu sedang mengamalkan satu agama dan bukannya menikmati satu hubungan dengan Yesus Kristus. Perjalanan kamu bersama dengan Tuhan tidak akan memenatkan kamu; ia akan menyegarkan, memulihkan kekuatan, serta memperkasakan hidup kamu” (Matius 11:28-29).
Bagaimanakah Saya Mengatasi Masa Kesedihan?
Kesedihan adalah sesuatu yang pasti dihadapi oleh semua orang. Sekiranya anda sedang bergelut dengan kesengsaraan yang teramat sangat, anda digalakkan untuk menemukan kebenaran daripada firman Tuhan melalui buku kecil ini.
Semoga Tuhan menghiburkan anda dan menguatkan iman anda dalam-Nya. Tuhan memberkati anda.