Month: Jun 2017

Perhatikan Awan

Pada suatu hari beberapa tahun yang lalu, saya dan anak-anak lelaki saya berbaring di halaman rumah sambil memerhatikan awan melayang. “Bapa,” salah seorang anak saya bertanya, “mengapakah awan itu terapung?” “Begitulah,” jawab saya dengan niat untuk memberinya jawapan dengan pengetahuan saya yang luas, tetapi saya menjadi senyap. “Saya tidak tahu,” akui saya, “tetapi saya akan mencari jawapannya untuk kamu.”

Tiada Yang Tidak Berguna

Pada tahun ketiga dalam pergelutan melawan keputusasaan dan depresi akibat ketidakmampuan untuk bergerak dan kesakitan kronik, saya memberitahu kawan perempuan saya, “Badan saya sedang mengalami kemerosotan. Saya berasa bahawa saya tidak dapat melakukan sesuatu yang bernilai untuk Tuhan atau sesiapa pun.”

Kedudukan Hati

Ketika suami saya memainkan harmonika untuk kumpulan pujian di gereja kami, saya memerhatikan bahawa dia kadangkala menutup matanya semasa memainkan lagu. Dia berkata bahawa ini menolong dia berfokus dan menghalang gangguan lain supaya dia boleh bermain dengan baik. Saat itu hanya harmonika, muzik dan dirinya—semua memuji Tuhan.

Mencari Waldo

Waldo ialah watak utama dalam siri buku klasik kanak-kanak, Where’s Waldo yang laris dijual. Waldo menyembunyikan dirinya dalam latar lukisan yang penuh dengan watak-watak dan benda-benda lain pada setiap halaman, serta mencabar kanak-kanak untuk menemukannya. Ibu bapa di seluruh dunia suka melihat kegembiraan pada wajah anak-anak mereka apabila mereka menemukan Waldo. Mereka juga berasa gembira apabila dijemput untuk turut serta dalam pencarian Waldo.

Perkara-Perkara Doa

Terima kasih kerana berdoa bersama-sama kami. Kami bergantung kepada rahmat Tuhan untuk membantu orang lain terus dekat dengan Tuhan melalui bahan-bahan Alkitabiah kami.

Untuk bulan November, sila sertai kami untuk berdoa bagi pelayanan Malaysia:

1.     Syukur kepada Tuhan atas respons positif terhadap tawaran projek bulan Oktober: Scripture Memory - Remain in Me (dalam Bahasa Inggeris dan Cina). Doakan agar bahan-bahan kami dapat…