Saya masih ingat akan wajah bapa saya. Ini amat sukar untuk membaca perangai daripada air muka. Dia merupakan seorang yang baik dan tabah, tetapi bersikap tertutup. Semasa kecil, saya selalu melihat wajahnya, ingin mencari senyuman atau ekspresi kasih sayangnya yang lain. Wajah kita memberitahukan siapa kita. Dahi yang berkerut, pandangan yang muram, senyuman, dan mata berkedut mendedahkan perasaan kita terhadap orang lain. Wajah kita adalah “cerita” kita.

Penulis Mazmur 80, Asaf dilanda kerunsingan dan ingin melihat wajah Tuhan. Dia memandang ke arah utara dari kedudukan yang baik di Yerusalem dan melihat negara Israel, iaitu negara kembar Yehuda telah ditakluki oleh Empayar Asyur. Dengan ketiadaan penampan negara, Yehuda telah terdedah kepada bahaya serangan dari pelbagai arah—Asyur dari utara, Mesir dari selatan, dan bangsa-bangsa Arab dari timur. Bilangan penyerang adalah jauh lebih besar daripada bilangan askar Yehuda dan mereka sama sekali bukan tandingannya.

Asaf mengubah ketakutannya menjadi doa, dia mengulangi sebanyak tiga kali (80:3,7,19), “pancarkanlah sinar wajah-Mu, maka kami akan selamat!” (Atau dalam perkataan lain, biarlah saya melihat senyuman-Mu.)

Ini adalah baik untuk berpaling daripada ketakutan kita dan mencari wajah Bapa syurgawi kita. Cara terbaik untuk melihat wajah Tuhan adalah mengarahkan pandangan kita kepada kayu salib. Salib itu adalah “cerita” Tuhan (Yohanes 3:16).

Jadi ketahuilah ini: Apabila Bapa melihat anda, senyuman lebar ada pada wajah-Nya. Anda sangat selamat!