Seorang wartawan Australia yang telah berada di penjara Mesir selama 400 hari menyatakan emosi yang bercampur baur ketika dia dibebaskan. Sewaktu meluahkan perasaan leganya, dia berkata bahawa dia menerima pembebasannya dengan hati yang amat mengambil berat terhadap rakan-rakan yang ditinggalkannya. Dia berkata bahawa dia amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pemberitanya yang lain. Mereka telah ditahan dan dipenjarakan bersama dengan dia—tanpa mengetahui tempoh penahanan yang masih akan dilalui mereka.

Musa juga mengekspresikan kerisauannya yang amat besar ketika dia menyedari bahawa dia harus meninggalkan rakan-rakannya. Apabila memikirkan dia akan kehilangan saudara lelaki dan perempuan, serta bangsa yang telah menyembah anak lembu emas ketika dia bersama-sama Tuhan di atas Gunung Sinai (Keluaran 32:11-14), dia berdoa bagi mereka. Musa memperlihatkan kepeduliannya terhadap mereka ketika dia merayu, “Semoga Engkau ampunkanlah dosa mereka itu, namun begitu, jika tidak, semoga dihapuskan sahaja namaku daripada kitab yang telah Kautulis nama para umat-Mu” (ayat 32).

Rasul Paulus turut mengekspresikan kepedulian yang sama untuk keluarga, rakan-rakan, dan bangsanya. Oleh sebab dia bersedih atas ketidakpercayaan mereka kepada Yesus, Paulus berkata bahawa dia sanggup melepaskan hubungannya dengan Kristus jika oleh kasih sedemikian dia dapat menyelamatkan saudara dan saudarinya (Roma 9:3).

Kita dapat melihat bahawa Musa dan Paulus mengekspresikan hati Kristus. Tetapi, kasih yang hanya dapat dirasakan, dan pengorbanan mereka hanya dapat ditawarkan, telah dipenuhi oleh Yesus—untuk bersama dengan kita selamanya.