Di Australia, seseorang perlu memandu selama berjam-jam untuk sampai ke kota yang seterusnya. Keletihan di sepanjang perjalanan sering boleh mengakibatkan kemalangan. Jadi semasa tempoh sibuk pada musim cuti, perhentian rehat akan disediakan di lebuh raya utama dan kopi percuma akan ditawarkan oleh para sukarelawan. Saya dan isteri saya, Merryn, menikmati perhentian-perhentian ini semasa memandu dalam masa yang panjang.
Dalam satu perjalanan, kami berhenti dan berjalan menuju perhentian rehat untuk membuat pesanan kopi. Seorang pelayan memberikan dua cawan kopi dan meminta RM9. Saya pun tanya sebab saya perlu membayar minuman tersebut. Dia pun menunjuk ke arah papan tanda yang bertulisan kecil. Di perhentian ini, hanya pemandu kereta yang akan mendapat kopi percuma; anda harus membayar kopi untuk penumpang. Dengan perasaan jengkel, saya memberitahunya bahawa iklan tersebut adalah penipuan, kemudian membayar harga minuman itu lalu pergi. Setelah kembali ke kereta, Merryn menunjukkan kesalahan saya: Saya telah menganggap saya layak menikmati hadiah percuma itu dan tidak bersyukur untuk hadiah tersebut. Dia memang betul.
Apabila Musa memimpin umat Israel ke Tanah Perjanjian, dia mendorong mereka agar menjadi orang yang tahu bersyukur kepada Tuhan (Ulangan 8:10). Syukurlah kepada Tuhan atas segala berkat-Nya, negeri itu amat kaya, tetapi begitu mudah bagi mereka untuk menganggap kekayaan negeri itu sebagai sesuatu yang sepatutnya dimiliki mereka (Ulangan 8:17-18). Dengan itu, orang Yahudi pun membiasakan diri untuk mengucapkan syukur bagi setiap makanan yang diterima, walau seberapa kecil pun. Bagi mereka, semua itu merupakan hadiah yang dikurniakan Tuhan.
Saya kembali kepada wanita itu dan memohon maaf. Secawan kopi percuma merupakan sebuah hadiah daripadanya yang saya tidak patut mendapatnya sebenarnya—sebab itu saya lagi harus bersyukur.