Dalam satu perbincangan mengenai wayang trilogi, The Lord of the Rings, seorang anak remaja berkata bahawa dia lebih suka cerita-ceritanya dalam buku dan bukan wayang tersebut. Apabila ditanya sebabnya, remaja itu menjawab, “Dengan membaca sebuah buku, saya boleh “tinggal” dalam cerita seberapa lama yang saya suka.” Rupa-rupanya orang lain adalah betul apabila mengatakan bahawa buku “berkuasa” untuk menarik kita terus membacanya dan leka dalam cerita-ceritanya, terutamanya Alkitab.
Ibrani 11, selalunya dipanggil “bab firman” dalam Alkitab, menyebutkan sembilan belas nama orang. Setiap orang itu telah menempuh perjalanan yang susah dan penuh keraguan, tetapi mereka memilih untuk mengikut arahan Tuhan. “Semua mereka ini telah mati dalam iman. Mereka belum menerima janji itu. Akan tetapi, setelah melihatnya pada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya, dan mengakui mereka orang asing dan musafir di muka bumi ini” (ayat 13).
Betapa senangnya untuk membaca Alkitab dengan bergesa-gesa tanpa merenungkan orang dan acara-acara dalam kandungannya. Jadual kehidupan yang membebankan kita telah menghalang kita memahami kebenaran Tuhan dengan lebih mendalam dan rancangan-Nya untuk hidup kita. Namun, apabila kita rela berhenti untuk sebentar, kita akan mendapati bahawa kita mengikuti drama kehidupan sebenar orang yang memilih untuk mempertaruhkan hidup mereka kerana kesetiaan Tuhan.
Apabila kita membuka firman Tuhan, ia adalah baik untuk ingat bahawa kita boleh terus membacanya seberapa lama yang kita ingin.