Setelah menyerang suami saya dengan kata-kata yang melukakan apabila keadaan tidak mengikut kehendak saya, saya menolak kuasa Roh Kudus semasa Dia mengingatkan saya akan ayat-ayat Alkitab yang mendedahkan perangai berdosa saya. Adakah berbaloi untuk memusnahkan perkahwinan saya atau tidak mematuhi Tuhan kerana ingin mempertahankan kedegilan saya? Tentulah tidak. Tetapi, sehingga tiba masanya saya meminta ampun daripada Tuhan dan suami saya, saya telah meninggalkan satu olakan kecederaan bagi orang di sekeliling saya—akibat daripada mengabaikan nasihat bijak dan menjalani kehidupan yang seolah-olah saya tidak perlu bertanggungjawab kepada sesiapa pun kecuali saya sendiri.

Umat Israel juga memiliki perangai yang memberontak pada suatu ketika masa. Selepas kematian Musa, Yosua memimpin umat Israel ke tanah yang dijanjikan. Di bawah pimpinannya, umat Israel mengabdikan diri kepada Tuhan (Hakim-Hakim 2:7). Tetapi, setelah Yosua dan generasi yang hidup lebih lama daripadanya meninggal, umat Israel melupakan Tuhan dan apa yang telah dilakukan-Nya (ayat 10). Mereka menolak pimpinan salih dan memeluk dosa (ayat 11-15).

Keadaan bertambah baik apabila Tuhan membangkitkan hakim-hakim (ayat 16-18), yang melayan seperti raja. Tetapi apabila setiap hakim meninggal, umat Israel kembali kepada kehidupan yang melawan Tuhan. Mereka hidup seolah-olah mereka tidak perlu bertanggungjawab kepada sesiapapun kecuali mereka sendiri, akibatnya mereka mengalami kebinasaan (ayat 19-22). Tetapi kita tidak perlu menjadi seperti mereka. Kita boleh patuh kepada kuasa kedaulatan Pemerintah abadi yang kita disuruh untuk mengikut—Yesus—kerana Dia adalah Hakim yang hidup dan Raja segala raja kita.