Joshua Bell, seorang pemain violin yang terkenal di dunia, mempunyai cara yang luar biasa dalam memimpin Akademi St. Martin di Fields, orkestra muzik kamar yang terdiri daripada 44 anggota. Tanpa melambai baton, dia mampu memberi arahan kepada seluruh anggotanya sambil memainkan violin berjenama Stradivarius dengan para pemain violin yang lain. Bell memberitahu Radio Awam Colorado bahawa, “Walaupun ketika saya memainkan violin, saya boleh memberi mereka semua jenis arahan dan isyarat yang saya rasa hanya mereka dapat memahami pada saat ini. Mereka mengetahuinya berdasarkan setiap kecondongan kecil pada violin saya, atau ketika saya mengangkat kening, atau cara saya menggesek violin. Mereka mengetahui bunyi yang saya cari daripada keseluruhan orkestra.”

Seperti ahli-ahli orkestra memerhatikan Joshua Bell, Alkitab mengajar kita menaruh perhatian kepada Yesus, Tuhan kita. Selepas menyenaraikan banyak wira iman dalam Ibrani 11, penulis berkata, “Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita” (Ibrani 12:1-2).

Yesus berjanji, “Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman” (Matius 28:20). Kerana Dia, kita mempunyai hak istimewa yang menakjubkan untuk menaruh perhatian kita kepada-Nya sementara Dia memimpin muzik dalam kehidupan kita.