Month: September 2017

Kekuatan Untuk Melangkah

Baru-baru ini saya menemukan beberapa buah jurnal saya yang ditulis semasa berada di universiti dan tidak dapat menahan diri untuk membacanya semula. Sewaktu membaca jurnal tersebut, saya menyedari bahawa diri saya menjadi tidak sama lagi jika dibandingkan dengan masa yang lalu. Pada ketika itu, saya mengalami pergelutan besar terhadap kesunyian dan keraguan tentang iman. Namun mengimbas kembali keadaan pada saat itu memampukan saya melihat dengan jelas tentang Tuhan yang telah membawa saya ke tempat yang lebih baik selama ini. Pimpinan Tuhan yang lemah lembut telah membawa saya melangkah keluar daripada masa-masa yang sukar. Ini juga mengingatkan saya tentang kesukaran pada hari ini akan menjadi sebahagian kisah yang luar biasa tentang kasih Tuhan yang membawa pemulihan pada masa akan datang.

Pelayanan Perkabungan

Pada tahun 2002, beberapa bulan selepas saudari saya, Martha dan suaminya, Jim, meninggal dunia akibat suatu kemalangan, seorang sahabat menjemput saya ke Bengkel ‘Bertumbuh Melalui Kedukaan’ yang dianjurkan di gereja kami. Dengan berat hati, saya bersetuju untuk mengikuti sesi pertama namun tiada niat untuk meneruskannya. Saya sangat terkejut apabila bertemu dengan sekumpulan komuniti yang sangat penyayang sedang berdepan dengan kehilangan yang besar dalam kehidupan mereka, dengan meminta bantuan daripada Tuhan dan saling mendorong. Minggu demi minggu, saya berasa dikuatkan saat saya berusaha untuk menuju ke arah menerima hakikat tentang tragedi itu dan mengalami kedamaian melalui perkongsian kedukaan kami.

Serahkan Kepada Tuhan

Ketika saya masih seorang remaja, apabila saya berasa amat tertekan terhadap pelbagai cabaran yang dahsyat atau perlu membuat keputusan yang besar, ibu mengajar saya tentang kebaikan untuk menulis segalanya pada kertas bagi mendapatkan sudut pandangan yang jelas. Apabila saya kurang pasti sama ada perlu mengikuti suatu kursus yang khas atau memilih bidang pekerjaan, atau menghadapi hakikat-hakikat yang menakutkan sebagai orang dewasa, saya mempelajari kebiasaan ibu saya yang menyenaraikan semua fakta asas dan penyelesaian yang mungkin diambil, serta keputusan yang bakal terjadi. Apabila saya menuliskan segala cabaran dengan jujur pada kertas, saya mampu melangkah keluar daripada permasalahan tersebut dan melihatnya dengan cara yang lebih objektif dan bukannya dipengaruhi oleh emosi.

Sekilas Pandang Tentang Syurga

Ketika saya merenung ke luar tingkap, saya mendengar kicauan burung dan melihat pokok-pokok meliang-liuk kerana ditiup angin yang lemah lembut. Beberapa bandela jerami berhimpun di atas padang yang baru diusahakan oleh jiran saya, dan gumpalan awan-awan putih amat menonjol di langit biru yang cerah.